Nostalgia Bulan Terakhir

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, maka bulan inilah penentu dan pemutus bagi aku. Di bulan terakhir ini jugalah aku memanjatkan rasa syukur kerana tibanya masa, masa yang tidak lagi akan datang untuk ke dua kalinya yang memerit. Kau ada caramu begitu juga aku.

Dendam tiada, kenangan memudar. Rendah aku, hina aku hanya sebagai makhluk Tuhan yang dipinjam kehidupan. Bahagia aku saat tiada upaya memadam hinaan. Namun, suka untuk aku ulangi, dendam tiada dan dendam diharap tiada kau simpan. Maaf ku hulur dan maaf ku beri.

Elok kira kita terusan menjadi bukan kita. Kau siapa aku siapa.

Elok kira kita bersiaga menghadap hari muka. Kau sama aku sama.

Doalah hanya mampu aku kirim. Moga-moga Dia menuntun hati-hati di daerah bait mu, di daerah talian mu menuju jalanan yang diredhaiNya. Benar berkata insan hanya mampu menyampai dan Dia lah pemilik kefahaman yang bakal sampai. Allah, ampunkan hambaMu kira terdetik putus harap dalam mendidik. Kau kurniakan lah tenaga kudrat taufiq Mu dalam memastikan kami menerima terus Hidayah Mu. InsyaAllah.


0 Response to "Nostalgia Bulan Terakhir "

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.