23 January 2016

Pak Da; Selera Ikan Bakar Pantai Timur

Assalamu'alaikum,

Sebagai meneruskan kesinambungan perkongsian tempat makan best area perumahan yang saya tinggal sekarang.

Bagi yang first time jenguk blog ni, untuk pengetahuan korang... saya dengan wife sekarang menetap di kawasan Subang Bestari. Oleh kerana saya dan wife dalam kategori yang suka jalan-jalan cari makan, maka saya suka untuk berkongsi tempat-tepat makan yang sedap di sekitar Subang Bestari ni. Nak nak sekarang ni wife saya ni sedang alahan teruk, so sekarang ni kami mampu jalan-jalan area sini je lah.

Hari tu saya ada share pasal Big Brother yang menghidangkan makanan Western dan Sate Sri Subang yang of course main menu dia adalah SATE. Satu dekat Kota Damansara dan satu lagi dekat Kuang, Sungai Buloh which is masih dalam jangkauan kami buat masa ni.

Hari ni saya nak share pulak kedai makan yang satu ni. Pak Da Selera Pantai Timur.

Kedai ni memang menghidangkan makan Pantai Timur tak kira untuk breakfast, lunch mahupun dinner. Kalau korang datang kedai ni pada waktu pagi, korang boleh dapat Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam dan kuih-muih Pantai Timur.

Nasi campur pada waktu tengah hari pula ada banyak lauk-pauk bercitarasa Pantai Timur. Mostly Kelantan dan Terengganu. Malam pulak ada bakar-bakar...ikan tilapia, siakap, pari, kerang, sotong dan macam-macam lagi ada. Mulanya kami ingatkan biasa-biasa je sambal untuk ikan bakar kat kedai ni. Nak dijadikan cerita, malam kelmarin wife saya terasa nak makan ikan bakar. Saya pun pergilah beli bungkus tilapia bakar dan kerang bakar. Huih.. sekali dia punya rasa ada kick oh! Lemak dan lazat!.

Serai dia, gula melaka dia, belacan dia, masam manis masin pedas semua cukup. Tambah-tambah cecah dengan air asam. Makan dengan nasi putih panas-panas... memang piau!

Semalam adik saya datang. Kami pergi sekali lagi tapi dah agak lambat dalam pukul sebelas malam. So, sambal ikan bakar dah habis. Kami order siakap stim halia...nak test pikap.. haa.. Kami juga order telur bungkus dan kailan goreng belacan. Siakap stim tu boleh tahan jugak rasa dia. Kuah dia pekat dengan rasa manis yang turun dari ikan tu. Masam-masam pedas...sedap juga. Yang penting, siakap dia fresh lagi. Isi lemak-lemak dan lembut sangat.


Telur bungkus dia sayangnya biasa-biasa je. Mungkin terlebih minyak kot time kami makan tu. Kailan goreng belacan dia sedap sebab ada isi dada ayam dan sotong.



Ingat nak rasa kerabu sotong dia. Tapi memandangkan potion setiap lauk yang kami dah order ni agak besar dan dah lewat malam. Kami tangguhkan niat tu dulu. Esok lusa kan ada lagi... haa. Oh, lupa... sebenarnya wife aku order Kuey Tiow Kung Fu. Suka sangat dia Kuey Tiow Kung Fu tu. Kat kedai Pak Da ni, Kuey Tiow Kung Fu dia memang tak rugi nak order. Sedap dan banyak lauk! hehe..


Kan dah cakap...suka sangat dia dapat makan Kuey Tiow Kung Fu tu. Okay lah, tu je kot yang saya nak kongsi.. Nanti ingat nak gi makan dekat Wood and Steel kat U5 ni. Orang cakap sedap dan murah. Dapat makan stik pon sodap jugak ni.

Jumpa lagi ye geng!

8 comments:

  1. akok-akok ada tak?? hahah rindunya nak makan akok-akok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. tapi tak pernah makan lagi akok kat sini. Banyak sangat makanan untuk breakfast kat sini. Hehe

      Delete
  2. Zumal belum pernah cuba ikan bakar style pantai timur nie. Kena jjcm juga nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti! Di samping syok buat benda yang kita suka.. makan..siapa tak suka kan? Hehe.. kita jugak boleh bagi info kat orang ramai. Tempat ape yang best tempat apa yang tak best. Haa..

      Delete
  3. Nampak sedap tu...selera Pantai Timur pun ada yer..lenkali kalau gi sana boleh lah try =)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.