Susu Kambing Wildan Untuk Ibu Mengandung

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah hari ni berjaya jugak kami suami isteri menyetelkan benda yang sepatutnya setel minggu lepas. Kisahnya minggu lepas kami set appointment untuk servis kereta dan buat buku pink untuk wife saya ni. Waktu kami nak keluar tu, wife saya ni tak tahan pulak... pening dan muntah-muntah lagi. Maka kensel lah plan kami tu minggu lepas.


Ha..dah ada buku. So, next appointment dokter cakap bulan tiga pulak. Next time kalau taknak tunggu lama kena gerak awal la sayang ye?

Balik dari klinik tadi, kami singgah makan kat Pak Da sebab dah lapar sangat. Mau tak lapar, kami turun tadi tak makan apa-apa kecuali minum air je. Tengah kami makan tu tetiba teringatlah pasal orang cakap susu kambing bagus untuk ibu mengandung. Teringat pulak dua tiga hari lepas saya ada dengar kat radio IKIM iklan pasal satu jenama susu kambing ni, susu kambing Wildan. Tak hamis katenye. Maka, selepas makan tu kami terus ke salah satu kedai makanan halal sebelah pangsapuri Kejora sana. Nasib baik ada.


Ha..nampak tak kat kotak pun ada tulis IKIM.FM dan rakan media lain. Harga dia tak mahal sangat pun. Kedai situ jual RM45.00 untuk pack 500g dan RM85.00 untuk pack 1kg.


Kami jugak ada beli susu kambing fresh dalam botol kecik dengan harga RM6.80. Tapi wife saya tak suka sangat bau dan rasa dia. Mungkin sebab tak biasa kot, bagi saya biasa-biasa je.


Antara kebaikan susu kambing ni adalah dia punya molekul halus berbanding susu lembu dan hampir sama dengan susu ibu. Tu dorang cakap la, saya tak pasti sangat. Susu kambing jugak takde efek kat orang-orang yang ada alahan...alahan susu la kot.

Antara khasiat lainnya, susu kambing mengandungi 13% kalsium, 25% Vitamin B-6, 47% Vitamin A, 134% Kalium dan lebih 350% Niacin berbanding susu lembu...he'eh. Saya tahu mesti ada yang nak tanya apa khasiat benda-benda yang saya sebut tu kan? Seriously saya pon tak tahu kecuali kalsium dan vitamin A. heheh.

Dia ada tulis lagi;

  • Susu kambing, susu terbaik selepas susu ibu
  • Membantu sistem imunisasi badan
  • Bersifat Alkali
  • Tidak mengandungi protein kompleks yang menyebabkan alahan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
Kelebihan susu kambing Wildan ni pula sebenarnya dia tidak hamis macam susu kambing fresh, tak ada gula tambahan. Ni sama maksud dengan dia guna rasa manis asli susu tu je. Susu kambing Wildan jugak tak ada perasa tambahan. Gitu. 

Kalau ada sekali khasiat boleh kurangkan muntah-muntah kan best.. ehehe. Apa-apa pun, nak tengok result selepas minum susu kambing ni jadi macam mana. Harap-harap makin bertenaga la wife saya ni. Kesian asyik muntah dan mual je. 

Doakan keselamatan kami yeh!

kA: Post ni tak berbayar ye...haa.

2 Responses to "Susu Kambing Wildan Untuk Ibu Mengandung"

  1. Ye.. kakak pun dengar pasal susu kambing Wildan melalui radio IKIM tapi tak pernah mencubanya lagi. Kakak rasa utk yg tak mengandung dan budak pun bagus seperti yg diwartakan.

    Harap dgn consume ini puan isteri akan lebih selesa. Memang lembik dan tak selesa kalau asyik muntah. Kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. saya pun rasa semalam.. macam susu bancuh yang lain jugak. Sedap.

      InsyaAllah Kak. :)

      Delete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.