Arwah Adik Thaqif | Baru Tahu Cerita Sebenar

Aduhai. Lama sangat tak scroll FB sampai orang duk cakap benda viral itu ini pun banyak yang KA tak tahu. Pasal kehilangan arwah adik Thaqif ni pun hari ni baru KA sempat baca dari awal kes sampai lah ke hari ni.

Masa first dengar berita ni KA terkejut la kan. Apa punya ustaz la bantai anak murid sampai kena potong kaki. Lepas tu dengar pasal tangan dia bakal kena potong pulak... lagi lah KA hangin. Macam-macam dah perkataan tak elok duk pusing-pusing dalam kepala KA ni. Siapa tak geram kan?

Hari ni bila bukak balik FB dan scroll balik berita pasal adik Thaqif ni baru lah KA tahu cerita sebenar.


Namun KA masih tidak berpihak pada mana-mana side. Sebab KA faham segarang-garang ustaz insyaAllah takde lagi yang berniat sehingga mahu mencederakan pelajar apatah lagi dengan niat membunuh.

Yang buat KA paling tersentuh adalah bila orang share gambar diari dia dan nota yang dia tampal. Geram pulak bila baca diari tu. Tapi mungkin tu kes lain. Still benda tu berat dan KA rasa memang dah memberi tekanan buat arwah.


Rupanya arwah memang pernah kena pukul sebelum ni. Kesian betul. KA tertanya-tanya jugak mak ayah tak tahu or tak dengar apa yang arwah cakap? Ustaz-ustaz? Kita serah kepada Allah la bab ni ye.

Doakan saja semoga arwah tenang di sisi Tuhan dan keluarga arwah pun redha serta tabah dengan ujian yang menimpa.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.


4 Responses to "Arwah Adik Thaqif | Baru Tahu Cerita Sebenar"

  1. Replies
    1. Tu lah. Haira lama tak dengar khabar. Macam mana life?

      Delete
    2. Life so far, Alhamdulilah okay. Up and down. Tapi takde Khayla lagi laaa.hehe. :) Amacam life sekarang? *Tak jawab pun tahu dah. Best kan?

      Delete
    3. Alhamdulillah. Best dan pening sikit la.. Banyak benda nak kejar. Takpe, yang penting usaha. eh? :P

      Delete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.