23 May 2017

Pneumothorax | Kesian Adik Laki Bongsu

Hari tu masa balik kampung. KA lepas pergi RTC tu semua, KA pergi rumah makcik yang jaga adik laki bongsu KA. Rumah dia di Kok Keli Tumpat.

Masa tengah lepak kat sana adik KA ngadu pasal sakit dada, susah nafas dan bila sentuh dada dia belah kanan bawah dia cakap sakit. Dia cakap esoknya pakcik KA nak bawak gi klinik nak cek. Kitorang balik dah petang tu.

Esoknya makcik call dari Klinik cakap adik KA, Firdaus dah kena bawak dengan ambulans ke hospital besar Kota Bharu. Doktor diagnos dia ada pneumothorax. So, KA tanya la sikit kat wife sebab dia misi kan. Pebenda pneumothorax ni. Sebab sampai je hospital Kota Bharu terus masuk Red Zone dan terus operate.


Rupanya pneumothorax ni terjadi bila ada angin atau gas yang tersekat kat ruang paru-paru tu. Bahaya jugak benda ni sebab boleh menyebabkan paru-paru rupture. Patut la dia senak. So, tak keruan lah kitorang semua duk nunggu kat ER. Alhamdulillah petang tu selamat la Firdaus kena tebuk dan masuk tiub kat paru-paru untuk buang lebihan angin tu.

Sekarang dah keluar ward dah pun.

Yang KA nak pesannya, kalau badan dah rasa lain macam tu teruslah gi check. Takut melarat, prestasi badan pun menurun. Nak lagi bahaya ada banyak penyakit yang bila diagnos lewat boleh membawa kepada maut.

No comments:

Post a Comment