10 May 2017

RTC Tunjong | Barangan Segar dan Berpatutan

Hari first kitorang kat kampung tak gi mana pun, rehat je. Hari kedua baru kitorang ada program sikit. KA suami isteri ngan mak pergi ke RTC Tunjong. Kitorang gi cari durian dan mempelam. Mak pulak nak cari beras.

Kalau balik kampung, tak sah kalau tak singgah sini dan Pasar Siti Khadijah. Bukan apa, kat dua tempat ni KA dah biasa. Kat Pasar Siti tu biasanya KA singgah beli lauk dan keropok ikan tempat biasa kitorang beli.


Kat RTC pulak, banyak barang segar yang dijual murah dan secara borong. Parking pun banyak dan memang banyak sangat barang-barang yang sinonim dengan Kelantan. Ini termasuk keropok, budu, serunding, buah-buahan dari Siam, jeruk-jeruk dan jugak beras Siam.


Gerai first yang kami tuju adalah gerai mempelam. RM10 untuk dua kilo mempelam boleh campur-campur. Boleh tahan. Buah pun segar-segar dan pejal lagi.


Lepas tu baru kitorang cari gerai yang jual durian. Sebabkan kitorang sampai lewat sikit, tak banyak dah durian borong yang kami jumpa. Nasib baik ada lagi gerai ni yang jual durian kunyit. Kalau beli runcit RM14 sekilo, kalau borong dapat RM10.50 sekilo. Baik ambik yang borong sebab boleh tawar sikit lagi harga.


Ha, itulah hasilnya. Durian ni kalau bukak hari sama isinya dah manis cuma masih pejal sikit. Bagi KA, KA suka. Wife KA suka yang lembik-lembik sikit isinya. Durian kunyit ni kalau yang belum tahu, isinya kuning dan tebal. Tak rasa 'gas' dia sangat. Lemak manis gitu rasa dia.


Lepas singgah RTC kitorang singgah di Klinik Keluarga kat area Wakaf Che Yeh sebab Khayla dah kena inject MMR untuk baby sembilan bulan. Bagi yang tinggal kat area KB, KA rekemen sangat klinik ni. Selesa dan doktor pun ramah. Kemudian kitorang terus ke Kampung Laut, Kok Pasir rumah pakcik KA. Memang full dan padat jadual.

Balik dari rumah pakcik pulak mak masak pulut dan wife KA buat pengat durian untuk kami makan ramai-ramai malam tu. Alhamdulillah... selesa perut.

No comments:

Post a Comment