11 July 2017

5 Perkara Penting Semasa Membuat Resume


Zaman sekarang ni peluang kerja makin terhad. Kalau anda tiada pengalaman, tak payah nak ucap la kalau memilih kerja. Tambah lagi kalau dalam bidang minyak dan gas. Banyak sangat dah syarikat yang gulung tikar.

Saya selaku salah seorang tukang menapis resume yang diterima, kadang-kadang timbul rasa geram dan juga lucu apabila menerima resume daripada calon. Bermacam-macam gaya.

Jadi, dalam artikel ini saya ingin berkongsi pandangan saya tentang 5 daripada benda-benda penting yang harus diperhatikan semasa membuat resume. Apabila saya bercakap resume ini, saya harap anda maklum ia termasuk pakej lengkap.

1- Cover Letter dan Resume yang Meleret

Majikan tahu anda rajin dan anda hebat menulis. Namun tak usahlah anda hantarkan cover letter sehingga 8 perenggan dan 2 muka surat. Belum masuk Resume dan salinan sijil lagi. Ayat yang digunakan juga harus ringkas dan padat dengan isi penting.

Dua atau tiga mukasurat sudah memadai bergantung kepada isi yang anda nak tulis.

2- Pastikan Resume Anda Suatu Pakej yang Lengkap

Mulakan dengan cover letter diikuti dengan resume sebelum ke sijil-sijil dan portfolio anda jika ada. Jika anda ada catatkan jenis penglibatan anda, pastikan anda ada bukti untuk menyokongnya.

3- Perhatikan Ejaan

Acap kali saya jumpa resume yang mempunya kesilapan menaip yang teruk. Sekali atau dua mungkin boleh dipanggil kesilapan menaip. Namun jika terdapat terlalu banyak kesilapan. Resume anda mungkin akan diketepikan. Ini menunjukkan anda tidak cakna dengan apa yang anda ingin sampaikan.

4- Jujur Itu Bagus, Namun Ada Tempatnya

Saya perasan ramai calon yang cuba berlaku jujur lebih-lebih lagi semasa menulis sebab berhenti kerja terdahulu. Bagi saya, jika penemuduga ingin tahu lebih, dia akan tanya semasa sesi menemuduga nanti. Kalau nak selamat, tak payah tulis langsung di dalam resume.

Ini tak, ada yang baru dalam resume dah mengutuk bekas majikan. Ini akan memberi persepsi buruk terhadap anda.

5- Tolong Jangan Ulang Kenyataan Yang Sama

Betul, tak tipu. Salah satu resume yang saya terima lebih kurang begini; muka surat pertama sudah penuh satu muka surat dengan cover letter yang mana di dalam tu dia dah tulis cerita latar belakang dia, pengalaman,hobi, cita-cita semua. Masuk je muka surat kedua, bermula resume yang masih menceritakan pengalaman kerja dan latar belakang. Muka surat seterusnya dipenuhi sijil-sijil dari tadika sebelum ke muka surat terakhir.

Ya! Pada muka surat terakhir dia tuliskan rumusan resume dia yang sekali lagi menceritakan kesemua benda yang dah ditulis dari awal tadi.

Saya hampir menyingkirkan resume dia, namun entah kenapa terlintas nak baca sampai habis. Terdetik rasa kesian pula sebelum saya ambil keputusan untuk membalas emailnya biar dia betulkan dan ringkaskan balik.

Sekarang ni google je dah dapat banyak tips buat resume ni. Silap-silap dah ada template dan tinggal masukkan maklumat je. Saya harap artikel ini membantu anda membuat resume yang lebih memikat.

3 comments:

  1. Resume juga boleh mencerminkan bagaimana diri anda...

    ReplyDelete
  2. kena rujuk orang yang lebih berpengalaman sebelum hantar resume. tak boleh main redah je.

    ReplyDelete
  3. Noor Azlan, Betul.
    Sal, saya pun setahun berapa banyak kali update dan setiap kali update saya rujuk y pakar.

    ReplyDelete