04 July 2017

iPhone 8 Dijangka Keluar Pada September 2017



Fuh! Baru je rasanya iPhone 7 keluar, dah Apple nak keluarkan iPhone 8.

Dikatakan Apple telah melakukan perubahan besar terhadap rekabentuk iPhone 8 berbanding abang-abangnya. Dengan rekaan badan kaca iPhone 8 yang mempunyai skrin OLED yang lebar dari penjuru ke penjuru termasuk dengan integrasi Touch ID dan kamera depan.

Bagaimanapun, sekarang masih dalam tahap pemilihan prototype akhir.

Berikut merupakan ciri utama iPhone 8 yang dijangkakan:


  • Paparan 5.8" OLED
  • Pemproses A11 yang lebih pantas
  • Badan Kaca
  • Paparan Luas Penjuru-ke-penjuru
  • Touch ID dan Kamera depan integrasi bersama skrin paparan
  • Tiada butang HOME
  • Pengecasan tanpa wayar
  • Tiga model yang dijangka - 1 OLED, 2 standard dengan saiz skrin berbeza.
Mesti peminat mesin dari Apple ni dah mula mengigau kan? Apa lagi, dah boleh kumpul duit dari sekarang dah rasanya.





5 comments:

  1. mengelak dari terjebak jenama iphone ni takut addicted.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde addicted pon Sal. Tapi kamera dia tu yang best. Btw, kamera dia sony y buat.. hee. Nak beralih ke sony pulak lepas ni.

      Delete
  2. skrin besar, sangat menarik... xpernah ada iphone... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru mula pakai mesin dari Apple ni . Tapi kalau diberi peluang, saya akan patah balik ke android. :P

      Delete