09 July 2017

Panduan Menyusun Fail Untuk Temuduga

Tip fail sijil untuk temuduga.

Bila nak hadir ke temuduga. Bawa fail yang berisi sijil (juga artwork untuk pelajar seni/grafik/bahasa dan sebagainya).

Sijil kita banyak. Bagaimana mahu menyusunnya agar nampak profesional?

1. Pilih clear folder (warna universal, elakkan berwarna - mana tahu warnanya sama dengan warna tema kompetitor syarikat).

2. Helaian pertama - resume, cover letter (3 salinan).

3. Helaian kedua - gunakan kertas A4 putih, taip dan cetak cantik-cantik "EDUCATION". Ia berfungsi sebagai separator.

4. Helaian ketiga - susun sijil mengikut tahun terkini 2016 hingga sebelumnya.
a) sijil ijazah pertama - transkrip dibahagian belakangnya (tak perlu papar)
b) sijil diploma/asasi/matrikulasi/stpm
c) sijil original SPM - sijil berhenti sekolah tak perlu

5. Helaian selepas sijil akademik - separator kategori ke-2, "TRAINING".
a) susun mengikut tahun terkini
b) hanya masukkan sijil 5 tahun ke belakang sahaja

6. Ulang hingga selesai separator "ACTIVITIES AND INVOLVEMENT" dan "ACHIEVEMENT".

7. Akhir sekali boleh selitkan salinan kad pengenalan atau artwork (dalam fail yang sama jika muat atau fail lain)

Kes terpencil: walaupun sijil kita hanyut banjir ke hangus terbakar ke hilang sekalipun, bawa fail! Apa yang mahu diletakkan di dalam fail?

Resume.
Cover letter.
Salinan kad pengenalan.

Nota: gambar diambil daripada google image.

Kredit: Mastura Mansor

2 comments: