13 July 2017

Selama 8 Tahun Tak Balik Jenguk Bapak Dia...

Perkongsian dari sahabat kita yang sangat menyentuh hati

Masa dlm perjalanan aku dari hiway Alor Setar nak ke Perai aku ternmpk seorg brader berjln kaki seorg diri di ats hiway selepas susur Pendang di lorong kecemasan.

Hati aku tergerak nak berhenti bertanyakannya.
Tp aku tak leh nak berhenti atas hiway sbb aku bawa lori dan fikir brader ni berjalan kaki atas jambatan, jd aku buat keputusan utk berhnti kt hentian KOBAH. Aku tggu dia smpai kat lori aku lalu aku bertanyakan.

Abang nak kemana lalu dia jawap nak ke butterworth. Aku treus cakap kat pakcik tu. Mai naik lori sy, sy pun nk ke sana gak. Aku mula bertnya kt soalan kt abang ni, Dipendekkan cerita, abang ni dari ijok selama perak pergi ke jitra menaiki bas utk jumpa kakak dia...mungkin dia ni pi kelmarin dilu kot.

Tapi nasib tak menyebelahi abang ni, sampai di umah kakak dia. Jiran sebelah bagi tau tuan rumah ni dh lama berpindah ke kl dah 8tahun dah dia pindah. Aku tak tau mcm mana perasaan dia masa tu dn aku tak tau dia ni tido di mana.

Jadi dia nak balik ijok selama perak, dia naik bas dari jitra ke alor star.. dari alor star brader ni jln kaki smpai aku jmpa kat pendang sbb duit utk balik kehabisan.

Kerana hendak menjemput kakak dia dan bwa pulang jumpa ayah kndung yg sekarang ni terlantar sakit tenat,, selama 8 tahun tak balik jenguk bapak dia. Mungkin ada krisis keluarga...aku malas nak tnya lebih2... aku ada mintak gambar kakak dia tp dia tak bawa...eeemmmm tak pa laa...

Aku hantar dia setakat mana yg boleh, aku turunkan brader ni depan hospital Seberang Jaya. Aku bantu hulurkan sedikit wang utk tambang balim ke ijok selama perak. Moga beliau selamat sampai dan jika kakak dia atau membe ada baca post ni cepatlah pulang sebelum terlewat ayah mu sedang menanti.




Plot twist;

Rupanya cerita pakcik ni sebenarnya tak betul. Dia dah lama merayau dan kakak dia sebenarnya masih ada kat Gurun. Kalau terjumpa inform lah Puan Aliza tu ye. Kesian anak-anak pakcik ni mencari.

Yang komen di artikel sebelum ni, nanti saya reply ye. Sibuk betul sehari dua ni.

2 comments:

  1. Dalam mengeluh dengan ekonomi tak menentu, rasa sedar diri plak dengan cerita macam ni. Kita rasa kita susah, ada orang lain lagi susah. Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. Betul tu... yang mengeluh tu semua sebab tak cukup atas dasar KEHENDAK. Bukan keperluan.. termasuk lah saya.

    ReplyDelete