11 August 2017

Perangai Kenderaan Yang Kita Boleh Agak

Apa lah peliknya tajuk KA kali ni. Kenderaan pun ada perangai ka? Well, sememangnya macam tu lah. Percaya atau tidak, motor atau kereta juga mempunyai perangai.

Perangai yang selalu jadi adalah perangai penyakit melarat. Kadang-kadang benda ni jadi akibat daripada salah kita jugak. Yelah, rosak sikit kalau diperam makin melarat la. Ni semua sebab komponen mekanikal dan elektronik yang ada pada motor berkait. So, dalam hal ni better korang cepat-cepat la repair kalau dah dapat kesan masalah kecil. Masalah besar selalunya hadir dengan kos pembaikan yang besar!

Yang KA paling hangin adalah satu lagi perangai yang boleh memeningkan kepala. Kenderaan ni seakan ada satu naluri dan sixth sense.

Tahu je poket tengah lemas-lemas, mulalah mereka bertukar jadi manjalah apalah. Baru-baru ni masa KA balik kerja. KA ada perasan sorang brother ni tengah berhenti kat dalam terowong sambil pandang-pandang tayar motor dia depan belakang. Dalam hati KA, "apalah yang abang ni buat, bahaya kot dalam terowong tak ada bahu jalan dia duk berhenti."

Bila KA pandang je depan, "Bom!" Melantun KA dan motor kapcai terus hilang kawalan. Motor dah ke kiri ke kanan. Dalam hati KA dah ucap dah, "mampus aku! Kereta berderet kat belakang!"

Alhamdulillah... umur panjang lagi di samping ada lah sedikit sebanyak ilmu control motor zaman main motorcross dulu. Tapi tu lah, macam KA cakap tadi. Dah lah poket tak tebal, rim pulak koyak. Nasib baik tak mahal mana. 200 lebih je kos tukar rim.

So, bagi penunggang motorsikal. Kalau lalu dekat area pembinaan atau tengah follow lori bawak muatan... tolong tingkatkan lagi fokus dan kekalkan jarak selamat. KA melantun tu sebab langgar bata merah tu. Serius cakap, serta merta ingat Tuhan.

Patutlah brother tu berhenti. Dia pun kena jugak rupanya. Kesian. Semoga urusan brother tu dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment