25 December 2017

Ayob’s Cafe, Kota Damansara

Apa yang korang kelaskan sebagai hidden gem bila berkaitan tempat makan. Bagi aku, simple... murah dan sedap. Kalau jumpa murah, sedap dengan ambience yang best... itu dah jadi bonus.

Sama macam Ayob’s Cafe di Kota Damansara ni. Sebenarnya kitorang accidentally jumpa tempat ni. Masa tu kitorang laki bini baru balik dari Shah Alam. Teringin nak makan makanan western. Macam biasa, niat di hati memang dah nampak dah Kuppi n Sekut di Kota Damansara jugak. Malangnya masa hari kejadian, Kuppi n Sekut tutup untuk acara peribadi.

Merata lah tanya kawan-kawan mana lagi tempat best kawasan sini. Sulha, salah seorang dari kawan pejabat cerita pasal Ayob’s Cafe ni. So, redahlah kami bertiga.

Sampai je kitorang bertiga je pelanggan. Kebiasaan bila kitorang tengok kedai lengan, kitorang terus gerak je. Tapi sebabkan suasana kedai dan perhiasan antik, buat kitorang terpaku.

Layan perasaan betul. Kena dengan jiwa. Aku ni dah lah minat sungguh barang-barang antik.

Dari perkakasan rumah hinggalah ke papan tanda antik. Semua ada dalam kedai ni. Teringat rumah-rumah moyang yang aku pernah singgah dulu. Nostalgik.

Makanan pun sedap dan agak murah. Bayangkan mixed grill dia baru RM24. Minuman kat kedai ni pun tak fancy sangat. So, memang lagi mampu cekik bukan hanya mampu tengok. Biasanya kalau kedai western, minuman mahal kat nama je. Betul ke betul?

Bagi yang nak test, korang boleh tengok map bawah ni ataupun taip je Ayob’s Cafe dekat Google Maps ataupun Waze. InsyaAllah sampai. Selamat memburu!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.