21 December 2017

Kepentingan Barangan Branded

Bila sebut saja pakaian berjenama, pakaian cantik, berkualiti... bermacam jenama terlintas kan dalam kepala ni. Dari jenama sukan, formal mahupun sampai ke high end fashion designer.

Bagi aku, tak salah langsung andai kamu semua nak pakai barangan berjenama. Namun harus diingat, pakaian berjenama atau apa jenis barang berjenama tidak membuatkan kita lagi bijak mahupun lagi elok jika tidak dikenakan dengan betul. Tambah lagi pakaian atau aksesori yang berjenama ni tak dapat dinafikan akan menambahkan keyakinan diri. Betul?

Ada je yang jenis tak reti nak dress up walaupun kat badan dia saja harga cecah beribu pakaian. Belum masuk aksesori dan gadget lagi. Tapi ‘pelaksanaan’ ke laut. Pakaian tak ikut saiz dan tak ikut acara. Tambah lagi selekeh cara pemakaian.

Selekeh ni bukan maksudnya pakai kemeja-T dengan jeans ye. Bagi aku selekeh ni bila kau tak kenakan betul-betul pakaian kau dari atas sampai bawah. Ada je orang pakai seluar tiga suku, kemeja-T tanpa lengan dengan sandal tapi still nampak smart walaupun dari atas ke bawah harga tak sampai RM50!

Ini ada yang gebang baju dia saja RM1,500.00. Aku tengok sangat lah selekeh dengan baju kemeja oversized, seluar punya cutting tak kena langsung lepas tu pakai sport shoe. Datang acara formal. Adeh! Nak komen lebih tak boleh jugak orang have have ni.

Jadinya, baik berjenama, tak ada jenama, bundle, ori tak ori... itu semua belakang punya cerita. Yang penting cara awok semua berpakaian. Paling penting kena ikut saiz. Kalau seluar pun pakai tali pinggang sampai nampak terjerut... urmm. Kedua, ikut la resan acara yang kita nak menghadirkan diri. Tambah lagi kalau dah dinyatakan kod berpakaian. Lagi hancur kalau kita tak ikut.

Aku ngomel ni bukan apa. Gaji dah besar, berpelajaran, Google dah kat tangan. At least bawak-bawak la rajin sikit search. Bukan kena bayar pun. Aku? Maintain je dengan Brand Outlet!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.