30 December 2017

Khayla dan Cat Tempera

Sepanjang aku hidup dan dah tua ni. Baru ni aku dengar tentang cat tempera. Padahal aku minat melukis. Tapi cat tempera ni aku tak pernah guna atau mungkin pernah guna dan aku tak tahu tu cat tempera.

Kalau ikut wikipedia,

Tempera, juga dikenali sebagai Tempera telur, adalah medium lukisan kekal cepat kering yang terdiri daripada pigmen pewarna dicampur dengan medium pengikat larut air (biasanya bahan seperti kuning telur atau yang lain). Tempera juga merujuk kepada lukisan yang dihasilkan menggunakan medium ini. Lukisan Tempera yang sangat tahan lama, dan contoh-contoh dari abad Pertama AD masih wujud. Tempera telur adalah kaedah utama lukisan sehingga selepas 1500 apabila ia digantikan oleh penciptaan lukisan minyak. Cat terdiri daripada pigmen dan gam yang biasa digunakan di Amerika Syarikat sebagai cat poster juga sering dirujuk sebagai "cat Tempera," sungguhpun pengikat dan saiz pada cat ini adalah berbeza daripada cat Tempera tradisional.

Makna kata... cat ni adalah cat lejen.

Yang buatkan cat ni sesuai untuk kanak-kanak seusia Khayla adalah cat ni tak mengandungi bahan kimia berbahaya dan senang sangat nak basuhnya. Letak tangan bawah paip dan gosok-gosok sikit terus hilang.

Jika nak dibandingkan guna cat ni dan kertas lukisan atau guna ‘magic book’ yang pen dia kita isi air putih je tu. Aku lagi suka cat ni. Ini kerana kanak-kanak bukan setakat menconteng, tapi boleh rasa bendanya.

Beli je kertas A3 satu buku tu, bebola kapas dan pengepit kayu yang kecil dekat DIY Shop. Selesai.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.