Kucing Tak Ada, Tikus Berkeliaran

As known as mengular!

Benda yang tak elok yang paling popular orang kita buat bila kat tenpat kerja. Mengular [noktah]

Padahal masing-masing tahu tu benda yang jadi punca rezeki tak berkat. Tapi itulah, walaupun masing-masing dah tua, tapi sifat nakal tu masih ada.

Cerita dia, Jumaat lepas bos kitorang cuti. Tengok masing-masing dah pulun siapkan kerja cepat-cepat pagi tu. Dah agak dah, mesti nak buat gerakan gerila keluar lunch!

Port biasa kalau nak keluar lunch time jumaat jauh jauh sikit adalah di kedai mamak Alam Baiduri area Sungai Way sana. Situ kari dia memang piaw! Tambah pulak ayam goreng yang digoreng segar. Memang rangup di luar, lembut berjus di dalam. Belum kata tambah sayur peria goreng tepung... peh, asyik!

Sudah Jumaat, kitorang tak sia-siakan peluang yang ada (hehe). Langsung memburu cendol.

Murah betul. Kami ambil yang besar tambah pulut pun baru berapa. RM3.50 sahaja. Dalam dia letak jalur cincau halus-halus. Layan betul cendol ni waktu-waktu panas macam ni. Lagi sekali... Asyik! Tapi kalau perut masih kenyang lagi, order yang kecil udah. Jenuh nak perabih yang besar.

Kedai dia dekat PJ Seksyen 17, betul-betul depan signboard kat bawah ni. Dalam Google tulis cendol Hassan.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال