Lagi Ibu Bapa Hendak Saman Cikgu Azizan

"Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu.

"Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok," katanya ketika ditemui di rumahnya di Nilai di sini hari ini.

Mas mendakwa, dia dan suaminya yang merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak pernah dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa anaknya mengalami masalah disiplin selama ini.

"Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali," katanya.
Utusan Online

Ada lagi lah sambungannya. Apa nak jadi lah zaman sekarang. Sudah jelas anak melakukan kesalahan. Dibela bela. Nanti kalau anak jadi sampah mula salahkan masyarakat yang tak menegur sama.

Takkan dunia berevolusi, teknologi semakin canggih, kita kena semakin manja. Itu hubungan berkadar negatif. Semakin dunia mencabar, semakan warga asing berebut menjadi tuan dalam tanah tumpah darah kita, kita mahu ajar anak menjadi lebih manja?

Kami cukup tak setuju makin lama makin kurang tindakan yang guru boleh ambil terhadap pelajar. Kita harus ingat bahawa guru bukan sekadar mengajar melalui buku. Guru juga tugasnya mendidik anak watan. Had yang ditetapkan takkan sampai nak cubit pun tak boleh?

Semoga kita semua dijauhkan dari perangai sedemikian dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال