Orang Sarawak Makan Beruang Matahari


Buka je Facebook hari ni, aku macam terkejut dan meyakini bahawa nafsu manusia memang tak pernah cukup. Dalam banyak-banyak makanan di atas muka Bumi ini, kenapa mesti makhluk yang dah lama digazetkan sebagai hampir pupus yang mahu dilapah.

Hanya disebabkan mereka peribumi maka dijadikan alasan memburu dan meratah daging makhluk ini sewenangnya. Nak salahkan mereke seratus peratus juga seakan tak wajar. Mungkin mereka tidak diajar tentang konsep kepupusan?

Berita yang dikongsi oleh Facebook page Danau Girang Field Centre ini memang sangat menyayat hati. Ditambah pula komen dari netizen yang ada juga sebahagian yang menyokong dengan menggunakan alasan ‘budaya’ dan ‘tradisi’ sangatlah tidak masuk akal.

Ramai dari kalangan kawan berbangsa Iban menyatakan, perbuatan memburu makhluk ini adalah jijik. Babi hutan, ular dan banyak lagi makhluk lain yang tak diancam kepupusan yang boleh dimakan.

Mereka juga menyatakan pendirian yang sama. Kekalkan keutuhan alam untuk dinikmati anak cucu. Benar, jika semua benda mahu diratah sudah pasti nanti semuanya hilang.

Diharapkan semoga berita ini sampai kepada pihak berwajib.

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Saya pernah masuk ke kawasan pendalaman Sarawak dan salah satu pilihan yang mereka ada selain yang lainnya adalah terpaksa berburu untuk terus menyara keluarga, apa yang mereka jumpa, itulah yang mereka dapatkan, demi sebuah keluarga, ya maybe kesedaran belum sampai tahap tinggi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Tugas kita untuk memberi kesedaran. Ramai antara mereka tidak sedar dan tidak tahu sesetengah makhluk itu hampir pupus.

      Padam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال