28 December 2017

Pengalaman Beli Rumah Subsale 2; Memohon Pinjaman Perumahan


Bila start sahaja proses membayar booking fees sebelum proses memohon pinjaman, masa ni lah jugak start kitorang sakit kepala. Dengan nak menyediakan dokumennya, dengan Ain yang kerja shiftnya, nak ulang alik ke bank, ulang alik jumpa agen. Semua tu memang memenatkan, time consuming dan leceh!

Bayangkan kitorang start memohon pinjaman dengan Bank Simpanan Nasional atas Skim Belia pada awal April 2017, duk ting tong ting tong dekat bank sampai Jun 2017. Tu dah termasuk orang yang nak approve buat kerja lambat dan kitorang terpaksa request dan submit balik related documents. Namun hampa, bulan Jun tu jugak baru kitorang dapat tahu loan kena reject sebab aku kerja Oil & Gas. So, pengajarannya... kalau kerja Oil & Gas zaman ni memang tak banyak bank nak bagi pinjam. Ngerti?

Nak memohon pinjaman perumahan memerlukan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Payslip 6 bulan terbaharu
  3. Bank statement gaji masuk 6 bulan terbaharu
  4. EPF Statement terbaharu
  5. Borang EA terbaharu
  6. Copy Sales Purchase Agreement owner atau copy Master Title
  7. Surat offer to purchase yang dapat dari agent.
So, macam yang korang baca. BSN reject permohonan kitorang. Nasib baik agen ada alternatif. So, dia pass dokumen kitorang ke AMBANK pula. Alhamdulillah, dalam 3 ke 4 minggu je loan dah lulus dan siap tandatangan Offer Letter. Bila sampai sini, kitorang ingat wah! Senang sungguh. Dah nak dapat rumah dah. 

Malangnya, no way!

Perjalanan kitorang masih jauh. Oleh kerana kitorang terpaksa membuat pengeluaran EPF / KWSP untuk segala yuran guaman dan insuran, maka banyak lagi langkah yang kami kena ambil. Well, kalau korang tak tengok lagi gambar dalam post sebelum ni, korang tengok lah anggaran kos permulaan untuk membeli rumah. Boleh klik sini jugak. Sebenarnya anggaran tu tahi kerbau jantan semata-mata. 

Next entry aku akan reveal apa kos yang kena tanggung sebelum korang boleh memiliki rumah. Setakat ini ada yang tak faham? kihkihkih.

PERINGATAN: Jangan termakan dengan kata-kata manis agen hartanah dulu sebelum korang minta khidmat nasihat lebih ramai orang lagi. Iya, kitorang bodoh sebab tak cukup study. Tapi tu lah, bila aku post pasal anggaran kos tu kat FB, ramai yang beri cadangan itu ini. Padahal sebelum aku buat keputusan nak beli rumah tempoh hari, aku tanya jugak dekat FB. Krikk Krikk je aku dapat. By the way, orang tak akan nampak pun struggle kita. Isn't it?

2 comments:

  1. Ha'ah, aku pun pernah dengar story yang lebih kurang macam ni... leceh dan remeh prosesnya, huhuh. Bertabahlah KA, cabaran korang for the year 2018. Ganbatte... semoga bersusah-susah dahulu, dapatlah bersenang-senang kendian... fighting! :)

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum..Blogger Khami9s terima kasih follow blog Etuza.
    Bersabar inshaAllah ada rezeki pasti ada tu taun

    ReplyDelete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.