Pengalaman Beli Rumah Subsale 3; Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Pembayaran Pendahuluan dan Kos Berkaitan


Macam dalam last entri aku pasal pembelian rumah subsale hari tu (klik sini). 

Dalam entri kali ni aku nak bagitahulah sikit anggaran kasar kos permulaan membeli rumah yang terpaksa kita tanggung sendiri. Tapi sebelum tu aku nak cerita pengalaman dengan KWSP untuk pengeluaran perumahan kitorang.

Last week kitorang pergi lagi. Macam biasa lah, aku akan cuak sampai rasa nak terberak punya bila sampai kat pejabat KWSP tu. Sebab dalam hati dah dapat rasa mesti tak lulus lagi. 

Lepas menunggu sekejap sebab tak ramai orang masa tu, nombor aku dipanggil. Kitorang anak-beranak pun duduk lah atas bangku menghadap pegawai KWSP yang bertugas tu. Dia belek dokumen yang kami bagi. Dua Salinan kesemuanya seba  aku dengan wife aku sama-sama apply. 

Air muka pegawai tu memang meyakinkan. Lepas tu dia tengok balik surat consent dari developer. Nak jadikan benda lagi rumit developer kawasan tu dah bankrap dan JMB yang ambil alih. Dalam surat carian persendirian yang aku dapatkan di Pejabat Tanah Petaling pun dah ada tulis memang JMB yang ambil alih. Lepas dia teliti balik surat aku, dia masuk dalam pejabat lepas tu keluar.

“Maaf Encik, tak lepas ni surat macam ni.”

Ah, tahi. Tak lepas lagi. 

Aku tunjukkan balik details dekat dalam carian persendirian. 

“Oh, haa… ni baru boleh guna.”

Aku pandang wife aku, wife aku pandang aku. Senyum. Dia isi form dekat computer dan trettt trett keluar slip.

LULUS

Alhamdulillah… lulus jugak akhirnya. Kerana mood kitorang balik, terus kitorang gi jalan-jalan dalam Aeon Mall Bukit Tinggi dan mentekadarah. Dalam hati langsung berbunga-bunga. 

Kitorang meneruskan kehidupan macam biasa tanpa rasa serabut lagi.

Ah, itu tak lama!

Semalam lawyer call. Katanya pegawai KWSP call bagitahu permohonan kami KIV. Berkemungkinan besar tidak lulus.

Apakah kecelakaan ini???

Aku call la lawyer balik mintak dia pergi pejabat KWSP pulak terangkan apa yang dia nak sebenarnya. So, sekarang ni kami back to point zero dengan KWSP. Seller dah whatsapp tanya ni. Aduh! 

Bagi korang yang nak buat pengeluaran perumahan KWSP , make sure  korang dah standby mental di samping dokumen seperti berikut:

1) Salinan dan dokumen asal Sales and Purchase Agreement
2) Salinan dan dokumen asal (atau Salinan yang disahkan) Offer Letter Pinjaman Perumahan
3) Consent Letter dari developer, kalau developer bankrap, mintak pihak yang ambil alih keluarkan consent letter.
4) Salinan dan bawa IC asal
5) Penyata Bank untuk pengkreditan terus ke akaun bank
6) Kalau S&P atas nama seorang tapi suami atau isteri nak buat pengeluaran sama, kena buat dua Salinan semuanya termasuk surat nikah.
7) Carian dekat Pejabat Tanah.

Sekali lagi aku nak cakap, sepatutnya lawyer yang buat semua ni. So, sebelum beli rumah. Make sure status developer dan tanya agent tu nanti dorang guna lawyer mana. Siasat dulu.

Aku janji dalam entri lepas aku nak share kan berapa dah kos setakat ni. So, tengok bawah ni kos kasar.

- SNP Lawyer fees termasuk semua mak nenek yang dorang kena buat RM4,000 lebih.
- Bank Loan Lawyer fees termasuk semua mak nenek yang dorang buat RM3,000 lebih.
- Valuation Fees RM1,000
- Booking (3% harga rumah) dalam RM3,600

Ni kos untuk rumah subsale berharga RM120,000. Korang bayangkan lah kalau rumah yang korang nak beli tu subsale berharga lebih dari tu. 10% deposit termasuk booking dan korang kena prepare lagi dekat 10% untuk kos lain. Kalau beli rumah under con, biasanya semua dah masuk dalam pinjaman perumahan. Pro beli rumah subsale, rumah dah siap, banyak rumah murah, sekarang ni ramai lagi yang jual below market price. Cons dia, banyak kena keluar duit sendiri dulu. 

Harap entri kali ni membantu korang membuat keputusan sedikit sebanyak dalam membeli kediaman impian korang. 

0 Response to "Pengalaman Beli Rumah Subsale 3; Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Pembayaran Pendahuluan dan Kos Berkaitan"

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.