Rest in Peace Vasanthapriya

Korang pernah tak bukak FB, terus menangis. Hari ni first time dalam hidup aku. Tadi datang kerja, sebelum start kerja macam biasa lah aku scroll FB.

Tapi hati ni terus tersentuh dengan cerita Vasanthapriya. Dituduh mencuri iPhone 6 gurunya Raymala di Sekolah Methodist Nibong Tebal. Remaja ni stress gila sampai balik rumah gantung diri dalam bilik.


Yang lagi sakit hati bila baca komen orang besar Kementerian Pendidikan cakap guru tersebut dah dipindahkan dan mintak guru lain ambil iktibar. That’s it? Scroll scroll lagi ada post yang cakap telefon tu dah jumpa. Cikgu tu tercicir di kedai makan!

Tahi betul. Fon dah jumpa... so, cikgu Raymala ni boleh ke bagi balik nyawa budak tu?

Waktu aku scroll komen-komen nerizen dekat group Tamil Malaysia ke ape tah tadi. Ada orang netizen komen bagitahu yang Vasanthapriya dan kawan-kawan dia plan nak sambut birthday cikgu Raymala tu sebelum kejadian. Tapi tak sangka dia kena tuduh macam tu pulak.

Aku seorang ayah, jiwa aku pecah, remuk habis. Air mata ni susah nak dibendung!

Semoga nasib keluarga Vasanthapriya terbela.

0 Response to "Rest in Peace Vasanthapriya"

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.