3 SIKAP ORANG KITA PENYEBAB SCAMMER MASIH SUBUR DI MALAYSIA

Tahukah anda bahawa kegiatan scammer di Malaysia semakin bercambah? Pelbagai skim cepat kaya, money laundering, penipuan pembelian atas talian dan bermacam lagi seakan tiada penghujung.

Jangan terkejut jika saya mengatakan benda ni kekal subur kerana 3 SIKAP utama orang kita.

GELOJOH
***********
Selalunya sikap ini menjadi perangkap yang memeritkan. Orang ajak main saham pun kita percaya tanpa usul. Kalau 90an dulu kita bolehlah cakap susah nak tahu info. Bang, tahun ni dah masuk 2018. Takkan tak reti atau tak kenal makcik GOOGLE?

At least siasat dulu asal usul syarikat yang kita kononnya nak melabur tu.

Ada pula yang GELOJOH nak untung cepat. Kalau boleh nak bagi modal hari ni, untung tu nak semalam.

TAMAK
********

Tengok benda untung sen-sen ni sebelah mata je. Tengok untung 10% 15% sebelah mata je. Bila orang cakap bisnes untung berlipat ganda dalam masa SEMINGGU terus percaya. Padahal memang one in a million lah bang kau nak jumpa bisnes macam tu.

Pantang tengok iklan untung sampai juta-juta, terus kelabu mata. Dia tak tahu tu semua umpan.

PEMALAS
***********

Dahlah kerja pun malas, nak buat bisnes pun malas nak gerak kaki tangan. Kalau yang nak melabur pun jenis yang malas nak kaji dulu bisnes yang dia nak melabur.

Hujungnya? Elok dari melabur dah jadi melebur.

Ketiga sikap ni saya pernah jumpa masa saya ajak sorang abang ni meniaga CUCKOO ni. Berdasarkan cerita dia, dia memang kesempitan. Gaji cukup-cukup makan. Kerja kedua tak ada.

Saya cerita la CUCKOO ni dijamin:

1) TAK ADA MODAL, PERLUKAN KESUNGGUHAN JE.

2) TAKNAK KELUAR RUMAH PUN TAK APA

3) TAK PAYAH JUMPA PELANGGAN

4) TAK PANDAI? KAMI AJAR

Ah banyak lagi lah benda yang saya cerita.

‘Susahlah bang... malu lah nak iklan iklan ni’

Bang, saya bukan nak cakap apa... kalau abang kerja dengan orang pun abang tetap kena ‘iklankan’ kesungguhan dan kemahiran abang buat kerja. Konsep lebih kurang je dan saya jamin kalau abang bersungguh buat CUCKOO ni bukan setakat abang boleh buat duit tepi, duit tepi ni lambat laun LAGI BESAR dari duit gaji abang.

Dalam hidup ni saya nak bagitau abang-abang kakak-kakak ada dua benda je.

NAK atau TAK je.

#usahawanCUCKOO #CUCKOOLIVING

0 Response to "3 SIKAP ORANG KITA PENYEBAB SCAMMER MASIH SUBUR DI MALAYSIA"

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.