Simba Dah Start Balik Vaksin


Alhamdulillah. 

Pagi tadi berjaya jugak curi masa bawak budak hensem ni vaksin, deflea dan deworm balik. Sebenarnya Simba ni dah complete semua dah sebelum ni. Tapi bibik dia yang lama terhilangkan rekod vaksin. So, susah la nak boarding dan nak mandulkan dia sebab doktor nak tengok rekod vaksin. Member pulak dah start memancut merata. Nak cari awek, bibik tak bagi keluar rumah. 

Rupa-rupanya banyak klinik veterinar area Subang Bestari dan kawasan sekitar ni. Sebenarnya yang dekat dengan rumah pun ada dua tiga buah vet. Tapi berdasarkan syor dan review dekat Google, KA memilih untuk pergi ke Vet For You cawangan Denai Alam. KA sampai tadi awal sangat, belum pukul 11. Klinik pun tak bukak lagi. Sempat la melayan Simba borak dulu dalam kereta. 

Tepat pukul 11, pintu klinik dibuka. Signage closed ditukar kepada open. KA terus bimbit carrier Simba masuk ke klini. Ruang dalam dalam klinik yang bersih dan ringkas sangat menenangkan. Kami disambut oleh penyambut tamu berbaju sejuk pokemon berwarna kuning. 

Sebabkan KA orang pertama yang sampai, proses pendaftaran sekejap je. Tak sampai 5 minit sehingga doktor panggil Simba masuk. 

Doktor mengambil maklumat @ history taking Simba. KA suka sangat doktor kat sini sebab nampak dia memang sukakan haiwan. Walaupun nampak masih muda, tapi pandai melayan Simba dan menenangkannya. Simba pulak sejenis yang anti-sosial. Berhimpit je dengan KA. Terkuis-kuis baju KA sambik pandang KA... agaknya nak cakap yang dia tengah takut. Nafas pun laju je. 

Servis vaksin kat sini antara yang termurah untuk kawasan sekitar. Vaksin termasuk ubat cacing (deworm) cuma RM35. Ubat kutu (deflea) untuk 3 bulan cuma RM100. Kira okay la. Tadi tanya untuk mandulkan tak silap RM90 atau RM100 je untuk si jantan ni. 

Sambil suntik ubat dan letak ubat kutu sambil berborak-borak dengan doktor. Buka  borak kosong, tapi doktor tanya makan minum dan keadaan Simba untuk memastikan tahap kesihatan Simba.

Secara keseluruhan dan untuk first pet parent (sebenarnya sebelum ni dah banyak kucing, cuma kat lampung bagi makan dan bersihkan je la) macam KA, sangat-sangat berpuas hati. Tak ralat lah nak repeat bawak anak-anak bulus KA ke sini lagi.

Sebabkan Simba pun behave je tadi. Sebelum bertolak balik kita bagi upah snek Ciao kegemaran dia dulu. Harap-harap tak demam lah awak ye kena cucuk hari ni. 

Klinik Vet For You dibuka dari pukul 11 pagi sehingga pukul 7 petang. Setiap hari. Info setakat hari ni la ye. Kalau nak recce, boleh ke FB page dorang di Vet For You.

Atau boleh whatsapp dulu sebelum pergi guna nombor ni: +60136815848. 

Memang best klinik ni. 

11 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. sayang betul KA dekat kucing yea.. saya dulu pernah bela kucing dr BSH tapi dah jual sebab masa tu saya preggy alah dengan kucing. sangat sangat, nanti nak beli lain. salam perkenalan saya dah follow back awak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari kat PetFinder.my dulu. Silap2 ada yang nak bagi adopt free. Terima kasih ye follow KA

      Padam
  2. Salam perkenalan.. done follow sini..
    Handsomenya Simba..

    BalasPadam
  3. Hi Simba hensem. Kita pun ada hensem oyen nama Obit, hehe

    BalasPadam
  4. Oyen simba kalau tak nak sunat kena pakaikan pempeslah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال