7 Cara Untuk Kekal Bersemangat Di Saat Ingin Mengalah


"Ketabahan adalah kerja keras yang anda lakukan selepas anda penat melakukan kerja keras yang telah anda lakukan." – Newt Gingrich (1943- ), American politician, historian, and author
Kita diajar dari usia muda bahawa "Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita fikirkan." Tetapi bagaimana pula apabila fikiran kita berkata sebaliknya? Apa yang harus kita buat untuk meneruskannya?

Kita semua mempunyai hari-hari yang membuatkan kita ingin melarikan diri dan merehatkan minda dan tubuh badan di pantai dan tempat-tempat yang tenang. Namun jika kita benar-benar berjaya meninggalkan kesemua rasa down dan keserabutan yang ada, ia mungkin bukan rancangan masa panjang yang realistik. Sebenarnya semuanya menjadi OKAY apabila kita berjaya memotivasikan diri kita sendiri dengan lebih baik.

Menjadi seorang yang tabah adalah "senang cakap dari buat". Motivasi juga senang untuk tergelincir daripada minda dan jiwa kita. Lebih-lebih lagi jika kita baru terjerumus di dalam kegagalan yang teruk. 

Pun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang buruk jika kita belajar daripadanya kesilapan yang kita lakukan. Mencuba dan belajar adalah sesuatu yang berbeza. Begitu juga jika kita hanya terus menyerah diri jika berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan dan mencabar.

{getToc} $title={Table of Contents}

Bagaimanakah caranya untuk kita mempertingkatkan motivasi diri?


Sebenarnya jika diamati, motivasi merupakan hasil daripada tindakan kita berbanding motivasi sebagai punca tindakan kita. 

Selalunya kita terfikir dan menunggu sesuatu inspirasi atau tenaga untuk menolak kita melakukan ssuatu bukan? Percayalah jika kita menunggu dahulu, kita akan mudah sugul jika mood, tenaga dan inspirasi yang kita harapkan itu tidak datang. Membaca dan mendengar ceramah motivasi sebenarnya bagus, namun hasilnya tidak setanding dengan memulakan sesuatu tindakan.

Tindakan merupakan suatu perkara paling penting yang kita perlukan. Ini kerana walaupun kita memulakan satu langkah kecil, ia akan memberi momentum untuk kita melangkah dengan lebih luas dan gagah. 

Jika anda mendapati yang anda sedang patah semangat, jom baca petua yang saya dapati daripada carian internet yang saya kira sangat membantu untuk meringkaskan dan menyusun atur minda dan jiwa agar lebih bersemangat.

Buat Senarai Pencapaian Yang Diinginkan

Catat semua target dan pencapaian yang anda inginkan dan membayangkan diri anda sudah mengecapinya. Pejam mata, kosongkan minda dan bayangkannya. Memang ia sangat membantu untuk memulihkan sugul di hati dan fokus kepada apa yang kita nak.

Jadi, mulakan dengan satu langkah kecil dan fokus dengan tugas yang mempunyai keutamaan dahulu.

Namun kita perlu berhati-hati dalam multi-tasking. Satu kajian menunjukkan kita akan mengambil masa lebih kurang 23 minit untuk kembalikan perhatian kita setiap kali kita beralih tugas. Kuncinya, fokus sahaja kepada matlamat penting setiap kali kita memulakan tindakan.

Bersenam Setiap Hari

Dengan bersenam, badan kita menghasilkan endorphin yang membantu kita untuk mengurangkan tekanan dan keresahan, membantu memulihkan mood kita, dan memperbaiki kualiti tidur kita. 

Satu kajian pada tahun 2015 menunjukkan dengan senam-robik dapat memperbaiki fungsi kognitif badan kita dengan bermacam cara termasuk mempelajari dan mengekalkan ilmu baru di dalam otak kita. Bersenam juga membantu pemikiran kreatif kita.

Jika digabungkan semuanya, kita akan berasa lebih bagus, bersemangat dan refreshed! Ini membuatkan kita lebih senang untuk fokus dengan keadaan tubuh badan kita pada tahap yang optimum. 

Buat Jadual & Ikutinya Secara Berdisiplin

Kekal bermotivasi tidak datang bergolek. Semuanya harus diikuti dengan suatu keazaman yang membantu kita untuk kekal di landasan yang betul. Begitu juga perancangan yang berkesan kerana ia membantu kita kekal fokus kepada apa yang kita hendak buat sepanjang hari.

Jika kita merancang dan mengikuti rancangan kita dengan berdisiplin, kita akan automatik kembali ke landasan asal walaupun kita hilang fokus sekejap.

Jadi, tetapkan apa matlamat anda. Blok segala jadual untuk matlamat yang kita dah tetapkan. Jangan cuba-cuba ubah kecuali ada kecemasan.

Mencari "Mengapa dan Kenapa" Kita Harus Tabah

Kenapa kita nak menyerah kalah? Adakah kerana takutkan kegagalan, risau apa orang akan bercakap mengenai apa yang kita lakukan, sudah bosan, marah, kecewa atau penat?

Ada kajian menunjukkan bagaimana kesihatan minda dan jiwa kita mempengaruhi tindak-tanduk kita dan betapa pentingnya untuk kita mempunya sesuatu yang kita perlu capai. Ada mereka yang tiada sebab yang kukuh melakukan sesuatu akhirnya berputus harap. Terkandas di dalam apa jua yang dibuat.

Kita harus mencari nilai di dalam setiap perbuatan yang kita lakukan, dan mencari KENAPA kita harus kekal tabah dan meneruskan perjuangan. 

Adakah kita ingin mencapai sesuatu yang lebih besar? Adakah kita ingin membantu orang lain? Kita akan rasa lebih berbaloi dan bersemangat sekiranya kita tahu maksud dan nilai setiap tindakan yang kita buat. 

Mencari Mentor

Sebenarnya jika kita berjaya mengorak langkah sendiri merupakan sesuatu yang bagus. Namun seorang yang bermotivasi tinggi dan berjaya memerlukan seseorang di sampingnya yang boleh membantu di sepanjang jalan kejayaannya. 

Cari mentor, kalau boleh lebih dari seorang kerana kita memerlukan pelbagai sudut pandang dan idea untuk kita mencapai matlamat kita. Lazimi bercakap tentang matlamat kita dan mendapatkan khidmat nasihat dari mereka terutama yang sama haluan dengan apa yang kita nak capai.

Sentiasalah bersikap terbuka dengan rakan sekerja, bos, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa sahaja kerana mentor tak semestinya seorang yang dah diiktiraf sebagai pakar. Boleh jadi orang tak iktiraf dia sebagai pakar namun ilmu dan pengalaman yang dia ada, seiring dengan haluan kita. 

Apabila kita yakin yang ada orang menyokong di balakang kita, kita akan lebih bersemangat, mempunyai perspektif berbeza dan mengekalkan hala tuju kita yang betul.

Berhenti Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Albert Einstein pernah berkata;

"Bukannya saya begitu bijak, cuma saya bertahan dengan masalah lebih lama."

Jika kita tidak yakin pada potensi yang kita ada, maka tiada orang lain yang akan yakin dengan kita juga tak kira betapa bagusnya kita dalam sesuatu bidang. Terus dapatkan inspirasi daripada orang sekeliling kita, tetapi jangan pula mengalah jika kita belum mencapai tahap yang sama dalam bidang tertentu. Jangan terpedaya oleh "Greener grass over the fence." Ingat, tiada siapa pun yang sempurna!

Saya yakin di zaman hidup kita didominasi dengan media sosial, ia amat payah untuk kita hindari. Ini kerana kita dihidangkan dengan berita dan perkhabaran yang indah-indah seperti - orang tu pergi ke percutian yang seronok, orang ni dapat kerja idaman, pasangan orang tu bagus. 

Namun apa yang kita baca dan lihat sebenarnya cerita separuh masak sahaja. Cerita yang orang tu ingin tunjuk. Dibelakangnya semua orang ada masalah mereka sendiri. Mereka juga ada hari-hari yang teruk seperti kita juga.

Menjaga Diri Dan Sentiasa Befikiran Positif

Otak kita akan menghasilkan dopamine sebagai sekiranya kita mendapat hadiah atau reward dan ini akan membuatkan kita rasa bagus. Jadi selalulah keep track usaha yang kita curahkan dan jangan lupa untuk hadiahkan diri sendiri dengan apa-apa sahaja yang boleh mengembirakan kita. 

Belanja diri-sendiri makan makanan yang sedap-sedap. Buat sesuatu yang kita enjoy seperti mendengar muzik yang memberi inspirasi yang menggambarkan kejayaan kita atau dengan membeli apa-apa hadiah untuk diri-sendiri. 

Kelilingilah diri kita dengan orang-orang yang positif yang membantu kita berada di dalam zon yang sepatutnya. Yang membantu di saat kita jatuh. Di saat kita gagal, ambillah iktibar dan peluang untuk kita belajar darinya. 

Pun begitu, ada sesetengah kegagalan yang memberi petanda untuk kita berhenti. Jika kita perasan dengan meneruskannya membuatkan kita sengsara sangat dan membuatkan tubuh-badan kita sakit, hubungan dengan orang tersayang terjejas, mungkin... MUNGKIN ia bukanlah jalan yang sesuai untuk kita. 

Terkadang, menukar haluan bukanlah sesuatu yang salah dan ianya perlu untuk kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang kita dambakan.

Kesimpulan

Ada hari-hari yang kita hilang motivasi. Namun jangan pula kita memaksa diri jika ianya berlaku. Tak pernah salah untuk berhenti dan berehat. 

Kadang-kala kita susah untuk memtuskan sama ada untuk kita meneruskannya ataupun berhenti. Cek balik apa yang kita nak, peluang kejayaan yang ada, sama ada kita harus melakukan semuanya sendiri, dan sekiranya kita perlu keluar daripada haluan itu, apa yang kita perlu lakukan. 

Kita perlu mencari keseimbangan bila kita perlu bertegas atau berlembut dengan diri sendiri. 

Tak perlu pun tunggu datang motivasi dulu baru nak buat kerja. Kita kena buat tindakan untuk kita kekal on-track. Take action, susun elok-elok apa matlamat kita dan harus bekerja keras melakukan rutin yang bagus dan sesuai. 

Tidak lupa juga kita harus bersedia untuk lebih anjal. Kadang-kala kita jadi patah semangat sebab kita terlalu tegas dan menetapkan matlamat yang tetap tanpa ada lebih-kurang atau Plan B. 

Fikirkan "MENGAPA" kita melakukan semua ini dan apa yang kita dapat pelajari dari semuanya. Jika kita mendapati ada sesuatu yang tidak kena, jangan ragu-ragu untuk berhenti dan menukar haluan. 

Jika anda pernah mengalami saat-saat yang "down", apa yang anda biasa buat? Kalau tak keberatan, boleh kongsikan di ruangan komen untuk kita sama-sama belajar. 

kredit imej:Achieve goals vector created by jcomp - www.freepik.com

2 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Bersenam tu sangat membantu badan cergas dan otak cerdas. Kalau tidak, lemau je rasa. Berfikiran +ve dan kalau compare sebagai inspirasi okay lagi lah kan.

    BalasPadam
  2. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain itu saya setuju sangat - sangat! Sebab paling penting kita bandingkan diri kita yang semalam dan hari ini dan seterusnya sama ada kita ada buat perubahan ke arah kebaikkan atau tak.

    Bersenam yess sangat membantu sebab mungkin dia bantu sebarkan oksigen ke seluruh badan kita ? haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال