7 Kelebihan Air Kelapa Untuk Kesihatan

Kredit imej: Freepik | svetlanasokolova

Anda semua sukakan air kelapa muda? Saya sendiri sangat sukakan air kelapa muda. Kalau ke warung, saya suka pesan air kelapa muda tambah susu pekat manis. 

Di samping kesedapan dengan kemanisan semulajadinya dan menghilangkan dahaga, air kelapa juga penuh dengan nutrien yang diperlukan ramai orang.

Jom kita baca 7 kelebihan air kelapa untuk tubuh badan kita.

{getToc} $title={Table of Contents}

    Sumber Yang Bagus Untuk Banyak Nutrien Penting

    Kelapa tumbuh di dalam kawsan beriklim tropikal. Nama saintifiknya adalah Cocos nucifera dan secara botanikalnya dikategorikan sebagai buahan. 

    Air kelapa yang sedap diminum adalah cecair yang dapat ditemui di tengah sebiji kelapa muda. Air ini sebenarnya berfungsi untuk menyuburkan buah kelapa. Semakin matang, air di dalam buah kelapa semakin berkurangan dan isi kelapa semakin menebal. 

    Air kelapa muda mengandungi 94% kandungan air dan sangat sedikit kandungan lemaknya.

    Secawan air kelapa mengandungi 60kcal kalori dan:

    • Carbs: 15 grams
    • Sugar: 8 grams
    • Calcium: 4% of the daily value (DV)
    • Magnesium: 4% of the DV
    • Phosphorus: 2% of the DV
    • Potassium: 15% of the DV

    Mungkin Mempunyai Anti-oksida

    Semasa proses metabolisma, badan kita menghasilkan molekul yang tidak stabil di dalam badan. Molekul yang tidak stabil ini boleh bertambah sekiranya kita dalam tekanan dan kecederaan. 

    Apabila terlalu banyak 'free radicals' di dalam badan kita. kita akan berada di didalam keadaan 'oxidative stress' yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan kita dan membuatkan kita lebih terdedah kepada risiko kesihatan.

    Kajian ke atas haiwan menunjukkan air kelapa mempunyai kandungan anti-oksida yang membantu mengubah radikal bebas menjadi tidak berbahaya. 

    Walau bagaimana pun, kajian ke atas manusia belum dilakukan dan kajian ke atas haiwan menggunakan dos berbeza dan parameter berbeza.

    Mungkin Membantu Merendahkan Kadar Gula Dalam Darah Bagi Penghidap Diabetes

    Kajian menunjukkan air kelapa boleh merendahkan kadar gula dalam darah. Kajian menunjukkan subjek ujian selepas diberikan air kelapa mempunyai kadar hemoglobin A1c yang lebih rendah, menunjukkan kawalan gula dalam darah untuk jangka masa panjang yang lebih baik.

    Tambahan pula, air kelapa adalah sumber bagus untuk magnesium yang mana memungkinkan kesensitifan badan terhadap insulin dan mengurangkan kadar gula dalam pada penghidap diabetes tahap 2 dan prediabetes. 

    Pun begitu, air kelapa masih lagi mengandungi karbohidrat dan akan ditukarkan menjadi gula di dalam badan. Untuk kepastian, anda boleh merujuk dietitian anda dahulu sebelum memulakan apa-apa amalan dan petua kesihatan.

    Mungkin Boleh Mencegah Batu Karang

    Meminum air yang cukup sebenarnya bagus untuk mengelakkan batu karang. Walaupun air kosong merupakan pilihan yang baik. Ada kajian yang menunjukkan air kelapa berfungsi dengan lebih baik untuk mengelakkan batu karang. 

    Batu akrang terhasil daripada kalsium, oxalate (garam hasil dari asid oxalic) dan beberapa lagi untuk emmbentuk kristal didalam pundi kencing. Kristal inilah yang akan membentuk batu karang. Percaya atau tidak, batu karang memberi kesan kepada lebih kurang 12% penduduk Bumi.

    Kajian sedia ada hanyalah terhadap subjek yang kecil bilangannya dan kajian lanjut masih diteruskan.

    Mungkin Boleh Membantu Kesihatan Jantung

    Meminum air kelapa dikatakan mungkin boleh membantu kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. 

    Ada kajian juga menunjukkan air kelapa boleh merendahkan tekanan darah. Pun begitu, kajian lanjutan masih belum dilakukan. 

    Namun begitu, kandungan potasium yang tinggi di dalam air kelapa juga diyakini membantu merendahkan tekanan darah. 

    Membantu Selepas Senaman Yang Panjang

    Air kelapa muda merupakan air minuman yang sempurna untuk menghilangkan dahaga dan mengisi balik kandungan electrolyte dalam badan kita.

    Electrolyte merupakan mineral yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam tubuh badan kita. Ini termasuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Electrolyte yang penting termasuklah, potassium, magnesium, sodium dan kalsium. 

    Memandangkan mengandungin potassium dan magnesium, maka air kelapa dikatan lebih bagus berbanding air putih jika diminum selepas sesi senaman.

    Penghilang Dahaga Yang Lazat

    Air kelapa muda semulajadi mempunyai rasa yang sedikit manis dan berkacang. Ia juga rendah karbohidrat dan kalori. 

    Tiada yang lebih baik selain daripada air kelapa yang kita dapat segar daripada buahnya sendiri. Namun sekarang ni dah banyak air kelapa yang telah dipek. Cuma pastikan ianya adalah air kelapa tulen bukan air perisa kelapa. 

    Air kelapa juga selain sedap diminum macam tu sahaja, ia juga boleh digunakan di dalam asas makanan lain seperti puding, jeli, smoothies dan bermacam-macam lagi. 

    Kredit imej: mrsiraphol


    Kesimpulannya


    Air kelapa muda sangat sedap, dipenuhi electrolyte dan secara semulajadi boleh membantu badan kita untuk kekal sihat.

    11 Ulasan

    Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

    1. Baru tau khasiat air kelapa untuk kurangkan paras gula dalam darah. Air kelapa sememangnya sedap pun.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Saya pun baru tahu lepas direct 3 4 hari ni berbuka dengan air kelapa. Saja cari info pasal khasiat air kelapa. Sebelum ni tahu air kelapa tinggi electrolyte... tu yang bertukar dari 100plus ke air kelapa.

        Padam
    2. Segarnya berbuka puasa dengan air kelapa

      BalasPadam
      Balasan
      1. Betul. Air kelapa dekat tepi jalan kena beli awal. Kalau tak, beratur. Masalahnya pukul 5 dah ada depan mata. Chobaan....

        Padam
    3. Sedap minum waktu cuaca panasss!

      BalasPadam
    4. Hehe mengapa ada mengapa itu?
      Selalu minum apabila demam.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Mungkin ke? Sebab kajiannya tak meluas lagi.

        Padam
    5. Puasa tahun ni tak berbuka lagi dengan air kelapa..
      macam kena cari petang ni.

      BalasPadam
    6. uncle mintum air kelapa tanpa gula... baru piau!

      BalasPadam
    7. Dulu tak minat air kelapa, tetapi sejak Covid dah mula belajar minum air kelapa

      BalasPadam
    Terbaru Lebih lama

    Langgan

    Dapatkan pemberitahuan e-mel

    نموذج الاتصال