Adakah Susu Formula Penyebab Anak Kurang Selera Makan?


Sebagai ibu bapa, antara perkara yang merisaukan adalah apabila anak kurang selera makan. Saya yakin ramai ibu bapa yang rasa sama apa yang saya rasakan bukan?

Walaupun sudah mengikuti cadangan jadual pemakanan yang dikongsi oleh ramai pakar pemakanan, anak saya yang nombor dua tetap susah nak dapat selera makan. Kalau dalam seminggu tu ada lah 3 atau 4 hari sahaja yang dia betul-betul ada selera makan. Hari-hari lain puas memaksa bila tiba waktu makan. 

Yang dia asyik minta adalah susu dan makanan-makanan lain seperti buah-buahan, roti dan keropok. Saya tahu dalam kalangan makanan yang dia minta tu ada juga khasiat yang dia perlukan. Namun apabila dia kurang makan makanan berat, mulalah perangai. Mungkin kerana perutnya masih dalam keadaan lapar. 

Saya terfikir juga adakah susu formula yang dia minum menyebabkan dia kekenyangan dan kurang selera makan?

Rupa-rupanya selepas membuat beberapa carian internet, dakwaan saya disahkan oleh beberapa laman sesawang yang membicarakan tentang perkara ini. 

Kebanyakan yang saya baca menyatakan susu formula untuk bayi mengandungi banyak khasiat dan juga menyebabkan bayi kenyang. Ia lebih kepada pengganti berbanding pelengkap makanan harian bayi. 

Patutlah makin kerap anak saya minum susu formula, makin jadi picky-eater dan kurang selera makan. 

Sejak dari lebih seminggu lepas kami suami isteri mencuba mengganti daripada susu formula kepada Fernleaf Full Cream Milk. Ternyata selepas beberapa hari kami tukar susu, Andika kembali berselera makan. 

Bila suap anak-anak makan sampai sendawa kekenyangan, rasa macam langsai hutang sejuta! Punyalah seronok bila tiap kali suap makan, dia nganga luas dan siap minta lagi. Kalau dia dah tak nak dan kenyang nasi dah pun, dia masih boleh ratah lauk-pauk lagi. Lega sungguh lah kita sebagai ibu bapa ni. 

Pun begitu, kakaknya dulu elok sahaja bertambah selera makan lepas dah mula kami hantar ke playschool. 

Jadi, bagi saya. Hubungan susu formula dengan selera makan anak-anak ini mungkin betul ataupun mungkin hanya sebahagian sahaja dari kanak-kanak yang terkesan. 

Anak anda sama juga ke macam ni?

5 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. anak saya pun macam tak terjejas dengan susu formula hhe

    BalasPadam
  2. Anak saya lebih kurang sama mcm KA.. So saya tukar susu formula lain. Agak mahal tapi bila diminum selera makan dia bertambah dan nampak kecerdikkan dia tu. Cakap macam orang tua..haha

    BalasPadam
  3. Tiada pengalaman bab ini. hehehe. Tahu yang susu memang boleh jadi pengganti makanan lagi lagi yang menghidap diabetis , kalau lapar malam - malam, disarankan minum susu yang untuk diabetis tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال