Berakhirnya Berpuasa di Kampung

Kelmarin kami sekeluarga sudah selamat tiba di kediaman kecil kami di Subang setelah beberapa hari berada di kampung. Kebiasaannya kalau kami akan bertolak balik ke Subang dari Kota Bharu ataupun Chenor, saya akan ambil masa untuk tidur dan rehat pada sebelah petang. Tapi sebelum bertolak balik dari Kelantan, saya tak dapat lelapkan mata pada petang tu. Rasa sayang nak lelapkan mata sebab peluang untuk bercuti di kampung bukannya selalu dapat.

Malam tu semasa memandu dan lintas saja sempadan negeri Kelantan-Terengganu, saya dah mula mengantuk sehinggalah sampai Cukai. Memang dah tak boleh tahan sangat. Jadinya malam itulah pertama kali saya terpaksa bergilir dengan isteri. Alhamdulillah, selamat sampai Chenor untuk mengambil Simba, Loki dan anak-anak mereka di rumah mertua.

Seperti yang dijangka, kalau balik Kelantan dengan cuti hanya tiga empat hari memang tak cukup dan memenatkan. Saudara-mara yang tahu kami sekeluarga pulang ke kampung semuanya minta berbuka di rumah mereka. Lagipun, kami saudara-mara sangat rapat. Mak-mak saudara dah macam mak sendiri. Sepupu-sepupu rapatnya dah macam adik beradik kandung. Dari kecil kami bermain, mengharung lumpur sawah dan terjun ke tali air bersama. Malangnya kami suami isteri terpaksa tolak kerana kekangan masa. 

Pun begitu, pada waktu siangnya sempatlah juga saya bawa anak dan isteri melawat kedua-dua nenek dan sebahagian saudara-mara. Sempat juga bawa mak jalan-jalan ke bandar walaupun sekejap. Sehari sebelum bertolak balik, kami sempat ke Mydin Mall yang dikatakan terbesar di Malaysia.





Ternyata, memang besar betul bangunan Mydin yang ini. Konsep harga rendah Mydin saya rasa bakal menarik pelanggan yang dekat mahupun jauh untuk datang ke sini. Bahkan tidak mustahil jika saya kata Mydin Mall bakal menarik pelanggan Kelantan melebihi Aeon Mall. Ini kerana saya yakin dengan perangai orang Kelantan dalam hal membeli, nak murah dan berkualiti. 

Konsep harga rendah Mydin juga dilanjutkan kepada kadar sewaan kiosk di ruang legar di dalam Mydin Mall tersebut. Saya dapat tahu kadar sewa bermula daripada RM1450-RM1600 sebulan sahaja. Patutlah saya dapat beli kopiah dengan harga tepi jalan hari tu. Kopiah yang saya pakai cuma RM8 dan Andika, RM7. Tudung dan barang-barang lain juga murah. 


Selepas selesai membeli barang-barang keperluan di Mydin Mall, kami menuju pula ke Aeon Mall. Pertamanya nak membeli baju seluar dua beradik tu. Sebab sepanjang PKP ni memang kami sangat jarang beli pakaian untuk mereka dan untuk kami sendiri juga. Saya perasan kebelakangan ini pilihan pakaian kanak-kanak di semua cawangan Aeon yang kami pergi tak sebanyak sebelum PKP. Masalah stok atau penjual masih berhati-hati untuk menambah stok mungkin menjadi penyebabnya. Tak banyak tapi adalah juga pakaian anak-anak yang kami nak beli.

Kami pun dah berjanji dengan Khayla nak bawa ke taman permainan di dalam bangunan ni. Kidzoona macam tempat wajib singgah dah kalau ke Aeon Mall. Yang seronoknya kat Aeon Mall Kota Bharu ni, Kidzoona dia agak luas dan banyak seksyen permainan. 

Tempatnya pun nampak masih baru berbanding Aeon Mall Shah Alam. Tanggapan saya, mungkin baru lagi dibuka ataupun mungkin kurang pengunjung. Yuran masuk tak silap saya dalam RM12 atau RM14 seorang kanak-kanak bergantung kepada hari juga. 



Kidzoona juga ada seksyen untuk anak-anak bermain profesion olok-olok seperti doktor, veterinar, tukang masak, tukang buat kek dan roti, penjual bunga dan macam-macam lagi. Khayla, semestinya terkam booth doktor dahulu. Setiap kali ditanya cita-cita dia pun dia akan jawab nak jadi doktor. Semoga tercapai lah cita-cita anak ayah dengan ibu ni ya.



Andika macam biasa, belum ada hala tuju lagi. Yang dia tahu, bergurau dan bergusti dengan saya. Bergurau pun kasar. 

Kami suami isteri pelik pula dengan Andika kali ni. Selalunya bila dipakaikan topi atau kopiah, sekejap saja pasti akan dibalingnya merata. Kali ini, dia bermain, berlari... semuanya dengan berkopiah. Dah dekat nak keluar dari Kidzoona, boleh pula dia perasan ada tablet yang ada permainan video. Melekat lah kat situ sampai kena pujuk keluar.


Nasib baiklah kami sedang berpuasa dan cuaca juga sangat panas sepanjang kami pulang ke kampung kecuali hari Isnin hujan sekejap-sekejap. Isteri saya ajak balik awal. Terkejut juga, biasanya saya yang ajak dia balik dulu setiap kali keluar. Penat dan kering tekak cakapnya. 

Dalam perjalanan balik ke rumah mak, isteri sempat berpesan. Moreh nanti dia nak makan 'colek'. Bagi yang tak tahu, luar bulan puasa juga kami makan colek. Colek ni sebenarnya nama panggilan orang Kelantan untuk rojak buah dan apa-apa makanan ringan yang kena cicah sos atau kuah rojak. Cumanya bila bulan puasa, colek ni lebih istimewa kerana campuran bahannya. 

Ada colek buah, colek buah campur, colek gorengan campur dan mungkin macam-macam variasi lagi. Yang paling saya suka, colek kerang, paru dan ayam goreng. Dulu ada makanan yang dipanggil Rojak Jawa yang mengandungi potongan sengkuang, taugeh celur, keropok ikan, paru goreng garing, betik muda, mempelam, jambu, nenas dan limau bali. Sampai sekarang saya tak tahu sama ada colek yang itu berasal daripada Jawa ataupun sekadar nama.


Macam ni lah lebih kurang colek-colek tu. Sebelah sini ada popia goreng, cucur, ayam goreng dan keropok. Satu bungkus ni RM10 dan RM5 sebungkus untuk colek buah campur. Saya beli ni di salah satu kedai colek yang terdapat di Cherang. Orang cakap lajuran sepanjang jalan dari simpang empat Cherang menghala ke Kubang Kerian dan Lundang adalah tempat paling terkenal kalau nak cari colek bulan puasa di Kelantan. Kedai yang saya singgah dikatakan tempat resepi asli sos colek di kawasan Cherang ni. Apa-apa pun, memang sedap makanan dia. 

Kalau di Selangor ni saya jumpa satu kedai di Pinggiran TTDI. Sedap dan murah tetapi, beratur pun panjang. Saya lupa pula nama kedai tu. Terkenal juga saya rasa. 

Esoknya, selepas subuh KA kejut anak isteri untuk ke Pantai Cahaya Bulan sebab hari sebelum tu saya dah pergi berseorangan. Bila dah tahu pantai semua dah okay, nak juga bawa anak-anak ke sana sebelum balik ke Subang. Maka, dengan anak-anak yang belum mandi kami ke pantai.



Bahana PKP panjang, anak-anak rasa kekok untuk bermain pasir lama-lama. Saya paksa juga sampai Andika dah tak keruan. Lama kelamaan alah bisa tegal biasa juga. Seronok pula bermain pasir sampai tak nak balik. Nak bagi main air, baju bersalin tak bawa dan ombak kuat juga walaupun tak merbahaya. Lagipun ayahnya berkain pelikat saja. Jadi apa-apa masuk muka depan Metro nanti ayahnya!


Ralit betul menguis-nguis pasir si Khayla ni. Adik dia dah sibuk ajak tengok kucing-kucing yang banyak sebalik tembok ombak. Selepas membiarkan Andika bermain dengan kucing-kucing kat situ, kami pun beransur ke rumah mak. 

Rasa sedih dan malas nak tinggalkan kampung. Dalam masa yang sama rindu juga dengan anak-anak bulus dan rumah sendiri. Semoga tahun ni ada rezeki isteri saya cuti panjang. Boleh kami beraya di Kelantan pula. 

Begitulah lebih kurang kisah kami di kampung baru-baru ini. Sebelum tu, saya kongsikan video ombak yang sempat dirakam. 


Terima kasih kerana sudi singgah dan baca ya!



18 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Kampung KA mesti di KB, kan? Setiap kali ke KB, sy mesti singgah Aeon Mall, tak tahulah kenapa, pergi mana2 negeri pun suka singgah aeon dia, hahaha. Nampaknya lepas ni jika ke KB, tak boleh lepaskan peluang ke Mydin terbesar Malaysia.

    Sy pun suka colek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kampung KA dalam daerah Kota Bharu. Dari rumah ke bandar KB dalam 15 minit.

      Padam
  2. Seronok kan dapat balik dan berpuasa kat kampung. Kak Sue pun baru juga balik kampung suami kat Teluk Intan, tapi balik hari je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok! Seronok juga kampung dekat. Senang nak balik. Kampung kami kena plan betul2 untuk balik.

      Padam
  3. Seronoknya dapat pulang ke kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. moga bertambah rezeki dan bertambah ruang untuk selalu balik ke jenguk orang kampung.

      Padam
  4. Hai, teringin pula nak makan colek :)
    Ada rezeki boleh balik kampung lagi...

    BalasPadam
  5. alhamduliullah sebab semuanya sellamat dan baguslah kalau dengan isteri dari memandu secara berganti-ganti

    BalasPadam
  6. Terhibur saya waktu KA cakap terkejut isteri ajak pulang dulu. Nampak benor perempuan ni suka berjalan lama lama ye. Baru tahu colek tu rojak buah. Pertama kali dengar colek kerang. Risau waktu awal - awal baca memandu ngantuk tu. Nasib baik isteri boleh memandu. Lega hati KA sekeluarga selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ui.. kalau ke Aeon Mall tu saya kira redha siap2 dah. Lama bab nak memilih pakaian anak-anak je. Memilih membelek, itu yang biasanya mengambil kebanyakan masa kalau keluar.

      Padam
  7. Wah, menariknya nama Andika.

    BalasPadam
  8. Nasib baik kampung KA dgn wife dekat2 tak pening2 & gaduh2 nak balik raya kan. 3-4 hari balik kampung mmg tak puas. Paling kurang pun seminggu. Semoga wife KA dapat cuti panjang raya ni supaya hajat beraya di Kelantan tu tercapai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat tak dekat juga. Tapi kalau dari KL boleh dikirakan satu jalan. Harap2 macam tu la... aminnnnnn dapatlah beraya kat Kelantan nanti.

      Padam
  9. Seronok dapat berpuasa kat kg. Mcm kami dulu2 sebelum ank skolah, asalkan puasa mesti blk sambut puasa kat kg klate juga. Sekarang ni ankw pun dh besar tunggu raya baru blk merasa puasa di kg

    BalasPadam
  10. Wah, lain kali balik kampung suami, boleh ajak dia pi Mydin. Ada nampak, tapi belum sempat singgah. Pergi Aeon je, bila kami balik sebelum puasa hari tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال