PLUS Saran Patuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar

Hari ini 24 April 2022 - PLUS menyaran para pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke kampung halaman dan kembali ke bandar selepas raya untuk mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengelakkan kesesakan. Ini juga membantu supaya pengguna lebuh raya PLUS supaya tidak berada lebih lama di atas lebuh raya.

kredit imej: PLUS

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan ini membantu mengagihkan trafik keluar masuk lebuh raya dan mengelakkan kesesakan di plaza-plaza tol. Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan memasuki lebuh raya semasa perjalanan balik kampung untuk merayakan Aidilfitri beberapa hari lagi.
“Memandangkan ini adalah kali pertama selepas 2 tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, kami menjangka kira-kira 2 juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya kami. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan ia mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda. Jadi, kami menggesa dan menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” - menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
Di samping berpandukan kepada TTA yang disediakan pihaknya, PLUS juga menyarankan pengguna supaya menggunakan aplikasi navigasi pintar seperti WAZE dan peka terhadap laluan alternatif yang ada.

PLUS juga turut menasihati para pengguna lebuh raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah. Para pengguna juga turut dinasihati untuk memeriksa kenderaan masing-masing supaya perjalanan pulang dan kembali daripada menyambut Aidilfitri lancar dan selamat. 

1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال