Siapakah Sebenarnya Pengasas Baju Melayu Bulan Bintang Yang Sedang Viral Ni?

Saya tak tahulah kalau anda semua pun terngiang-ngiang jenama Baju Melayu Bulan Bintang ni. Saya selalu dengar orang duk sebut pasal jenama ni bila ditanya nak pakai Baju Melayu apa tahun ni. Viral sungguh ya. 

Saya ni bukanlah kaki ikut trend punya orang. Asal kemas dan selesa di badan, itu yang saya beli dan pakai. Pun begitu, tidak dinafikan rekaan busana dari Baju Melayu Bulan Bintang sangatlah menarik hati ramai pembeli. Saya sendiri tengok pun berkenan. 

Rekaan dengan gaya yang didambakan orang-orang jaman now memang laku keras. Tengok lah sahaja gambar-gambar yang saya ambil dari laman sesawang Bulan Bintang (kredit imej FB & laman sesawang Bulan Bintang Store) ni. 



Menarik bukan? 

Bila tengok tanda harga pula, memang kategori mampu milik. Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa buah pusat membeli-belah, khususnya untuk musim raya ni. Harga yang ditawarkan oleh Bulan Bintang dalam kategori rendah juga. Memang patutlah ramai berebut nak beli.

Sebelum masuk pertengahan Ramadan lagi ketersediaan stok di kedai-kedai cawangan mereka sudah habis dan pelanggan terpaksa menempah atau pre-order. 

Saya pun kiranya kagum juga lah dengan strategi pemasaran pemilik jenama Bulan Bintang ni. Dah banyak hari saya mencari siapakah pemilik jenama yang satu ni sampaikan sebelum ni kita tak pernah tahu pun, tetapi musim raya ni terus boom jenamanya. 

Rupa-rupanya pemiliknya adalah seorang belia yang baru berumur 25 tahun! Azzim Zahid yang juga adik kepada Azri Zahier Azmi (pengasas jenama minuman ringan Haus Boom) rupanya dah mengasas jenama Bulan Bintang sejak zaman persekolahan lagi. 

Dipetik daripada FB abangnya, Azri Zahier. Walaupun ramai yang kecam mengatakan adiknya boleh berjaya sebab anak Dato. Sebenarnya adiknya juga memulakan perniagaan dari tepi jalan juga. Berasal daripada menjual servis sebagai videographer, hasil ringan mulut mencipta jaringan dia dapat pelanggan-pelanggan yang berkualiti dan memulakan servis T-shirt printed. 

Sebelum berjaya seperti sekarang ini kata abangnya lagi, Azzim pernah berniaga di Uptown Setapak dan sebelum ni pernah baju-bajunya banyak tak habis sehingga berlambak-lambak di rumah siap jadi tempat kencing berak kucing-kucing mak dia lagi. 

Hebat bukan? 

Betapa berbuahnya usaha dan keringat yang dicurahkan untuk dia berjaya. Saya rasa Azzim pastinya telah menimba ilmu pemasaran yang cukup banyak sehingga boleh berjaya ke tahap sekarang ni. 

Percaya atau tidak, Bulan Bintang berjaya menolong hampir 6000 orang menjana keseluruhan berjuta ringgit setakat 20 hari lebih Ramadan ini. Hebat sungguh.

Macam ni lah usahawan sebenarnya. Nak berjaya sambil membantu orang sekeliling sama berjaya. Wawasan dan usaha yang ditunjukkan wajar dipuji.

Berkenaan dia anak Dato' ke apa. Sebenarnya ayahnya Dato' disebabkan kerja kerajaan. 

Kita harus ingat, walaupun dia anak Dato' ke, Abangnya dah menjadi usahawan berjaya ke, semuanya akan sia-sia kalau dia tak ada usaha dan ilmu yang cukup untuk terjun ke alam perniagaan. Ramai juga saya tengok anak-anak Dato' yang lingkup dalam perniagaan. 

Cuba dalam hidup ni buangkan prasangka yang negatif dan ambil tauladan serta pedoman dari kejayaan mahupun kegagalan orang lain. Bak kata cikgu Health & Safety saya; 

Learn from others' mistakes. 


Sebab bab kesilapan ni kalau kita nak belajar daripada kesilapan sendiri, kadang tu kesilapan yang kita buat amat perit untuk kita terima. Jadinya kita kena buka mata luas-luas, pasang telinga perhatikan keaadaan sekeliling. Kerapkan membaca kisah-kisah oranv berjaya dan naik turun mereka. 

Ya, jika mak ayah kita ada duit berjuta ia membantu untuk kita kick-start perniagaan kita. Namun anak Dato' ke anak Sultan ke semuanya bukan tiket untuk berjaya kalau diri-sendiri tiada usaha. 

Semoga kita semua pun berjaya sedikit masa lagi. InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca!



6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Ooo, gitu ceritanya. Orang nampak bila dah senang. Masa zaman susah, orang tak nampak, biasanya. Rezeki dia. Baju pun cantik dan harga berpatutan.

    BalasPadam
  2. Beliau berani melabur mengambil artis popular 😍

    BalasPadam
  3. bangga tgk anak muda berjaya

    BalasPadam
  4. Memang cantik design bajunya.. Nampak kemas..

    BalasPadam
  5. Tengok juga jenama bulan bintang ini bukan main viral. Tapi ingatkan dia jual baju melayu je. rupanyaa baju perempuan pun ada. Tahun depan lah saya shopping bulan bintang ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال