10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan Kolestrol

Kolestrol tinggi merupakan epidemik yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tak baik dan juga tekanan. Ia menyebabkan deposit lemak berkumpul di arteri dan pembuluh darah yang mana akan menyekat dan melambatkan aliran darah. Perkara ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan menjurus kepada penyakit jantung seperti serangan jantung dan strok.

kredit imej - Bellmarrahealth

High Density Lipoprotein (LDL) yang dikenali juga sebagai kolestrol baik merupakan kolestrol yang bagus jika didapati dengan banyak di dalam darah kita kerana ia mampu mengalirkan lemak dan mencegah lemak daripada termendap di arteri kita. Kolestrol jahat dikenali dengan LDL - Low Density Lipoprotein. Keseluruha tahap kolestrol di dalam darah kita sepatutnya di antara 100-200 mg/dL untuk orang dewasa.

Kolestrol tinggi disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi berat, diet, aktiviti dan tahap tekanan memainkan peranan penting. Syukurnya, semua ini kita boleh kawal. Memandangkan diet merupakan salah satu faktor penting untuk kita mengawal kolestrol di dalam darah, di sini saya ingin kongsikan 10 makanan yang dapat membantu mengurangkan tahap LDL di dalam darah kita.

{getToc} $title={Table of Contents}

Telur


Telur merupakan suatu makan yang cukup kontroversi bila dikaitkan dengan kolestrol. Ada kajian-kajian kecil yang menunjukkan memakan telur kuning dapat menaikkan tahap kolestrol. Walau bagaimana pun, ada kajian yang menunjukkan memakan telur kuning dapat mengurangkan kolestrol (LDL) dengan meningkatkan tahap kolestrol baik di dalam darah. Walaubagaimanapun semuanya bergantung macam mana kita mengamalkan diet lain. 

Kebanyakan orang lupa bahawa dengan meningkatkan tahap HDL dalam darah boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung dan menyeimbangkan tahap kolestrol. Memakan sebiji telur sehari boleh memberi kesan yang bagus untuk badan kita.


Walnut

Ia mungkin nampak melawan arus, tetapi dengan memakan banyak lemak sebenarnya boleh mengurangkan tahap LDL dalam darah. Lemaka tak tepu tunggal membantu mengurangkan LDL. Ia juga tinggi kandungan Omega-3, yang mana dapat merendahkan tahap triglycerides di dalam badan kita. Ini dapat mengelakkan mendapan lemak di dalam arteri kita. 

Kajian menunjukkan memakan segenggam walnut sehari dapat mengurangkan tahap LDL sebanyak 10 peratus!

Lentil

Lentil merupakan bahan yang sangat bagus untuk ditambah di dalam diet seharian kita. Ia tinggi kandungan folate yang bertndak sebagai pelindung kepada dinding arteri kita daripada rosak. Lentil juga tinggi kandungan magnesium. Magnesium membuatkan pembuluh darah menjadi 'rileks' bagi mengelakkan penyakit jantung dan serangan jantung. Lentil boleh dicampurkan di dalam salad dan dibuat sup. Ia juga merupakan sumber protein yang bagus lagi-lagi jika anda seorang vegetarian. 


Kekacang

Kekacang atau hasil daripada keluarga Legume (hasil daripada tumbuhan atau kekacang ber-pod) merupakan makanan mesra HDL. Kekacang dipenuhi dengan serat boleh larut yang mana berkait dengan penurunan kadar kolestrol dalam darah. Protein di dalam kekacang juga dipercayai menyumbang kepada penurunan kadar kolestrol.

Dengan memakan satu sentengah cawan kacang empat kali seminggu dapat mengurangkan LDL sebanyak antara 5 ke 15 peratus dang mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. 



Bawang Putih

Bawang putih merupakan penambah perisa yang sangat lazat bagi yang menyukainya termasuk saya. Ia juga banyak digunakan sebagai makanan tambahan. Ada kajian menunjukkan memakan bawang putih dapat merendahkan LDL dan mengekalkan HDL pada kadar yang baik. Semakin banyak bawang putih kita makan, semakin banyak khasiat untuk kesihatan yang akan kita dapat.

Walaupun ada kajian menunjukkan ia berhubung kait dengan penurunan kadar LDL, namun ada kajian juga yang menunjukkan ia tidak berkaitan. Pun begitu, bawang putih boleh dgunakan sebagai penambah perasa untuk diet kita yang lain. Kami memang hampir tiap hari guna.



Epal

Ada pepatah mengatakan "an apple a day can keep the doctor away" dan ini sebenarnya betul bila melibatkan kolestrol. Ada kajian terbaru menunjukkan dengan memakan sebiji epal sehari selama sebulan dapat mengurangkan kadar LDL di dalam badan kita sebanyak 40 peratus. Epal mengandungi banyak serat boleh larut yang dapat membantu badan kita menyingkirkan lebihan lemak. Buah in juga tinggi kandungan anti-oksida polyphenols yang turut mengurangkan kadar LDL dalam darah.



Asparagus

Sayuran yang segar dan sedap ni sebenarnya sangat popular kerana ia sangat sesuai dipadankan dengan apa-apa jenis masakan berdaging atau berprotein. Asparagus bukan setakat sedap, namun berkesan menrendahkan kadar LDL. Asparagus mengandungi serat tak larut yang tinggi seperti ulaman yang lain. Serat yang terkandung dapat membantu mengikat LDL dalam badan kita dan dibuang melalui tinja. 



Strawberry

Kalau nak tahu, strawberry sebenarnya superfood yang sangat bagus. Beri kegemaran semua ni sebenarnya dapat megurangkan kolestrol dan rendah index glycemix yang membuatkan ia mesra hormon yang mengawal glukosa dalam darah. Tiada yang lebih baik selain menikmati strawberry dalam keadaan segar dari ladang. 



Avokado / Alpukat

Makanan kesihatan kegemaran ramai yang ini pula sangat membantu mengurangkan LDL. Avokada mengandungi Asid Oleik yang tinggi, lemak tak tepu tunggal. Asid oleik dikenali dengan asid Omega-9. Avokado merupakan salah satu sumber semulajadi yang tinggi asid oleik diikuti dengan kacang macademia. Kajian menunjukkan asid oleik boelh merendahkan kadar LDL dengan mencegah proseh perubahan lemak kepada kolestrol. Pun begitu, pengambilannya harus berserhana kerana avokado tinggi kalori.



Oatmeal

Oatmeal merupakan hidangan sarapan yang bagus dan merupakan suatu makan "selesa". Bukan sahaja kerana ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari, ia juga sangat bagus melawan LDL. Serat boleh larut yang terkandung di dalam keseluruhan oat bertindak dengan melekap kepada kolestrol di dalam usus dan dibuang bersama tinja sebelum kolestrol itu diserap ke dalam badan. Kajian menunjukkan satu sajian oatmeal bersama dengan beberapa makanan "musuh" LDL yang lain sama kesannya dengan ubat yang dipreskripsi oleh doktor!

Saya juga pernah dengar orang cakap, oatmeal lebih berkesan jika kita tahu makanan yang kita makan tu tinggi kolestrol dan kita makan sejurus sebelum atau selepasnya oatmeal membantu kita singkirkan terus kolestrol.


Semenjak dikesan kandungan kolestrol dalam darah saya tinggi ni, risau juga. Jadi, marilah sama-sama kota membiasakan melakukan pemeriksaan keshatan berkala dan kawal pemakanan dan gaya hidup kita. 

8 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Lentil tu jer saya tak tahu apa, hihi. Info yg bermanafaat.

    BalasPadam
  2. Perasan tak, kebanyakan healthy food ni semua, harga dia mahal, banding junkfood? Hehe.. cuma bawang putih tu je la. Saya pun suka letak banyak bawang putih dalam masakan. Semoga paras kolesterol encik Khamsi dapat dikurangkan.

    BalasPadam
  3. Tqq info
    Kena jga jaga dgn kolesrerol.ni kan

    BalasPadam
  4. Semua makanan yg sedap2 tu. Terima kasih atas perkongsian ni.

    BalasPadam
  5. Lentil tu pertama kali dengar. Nampak macam menarik

    BalasPadam
  6. nasib baik semua makanan ni suka mkn

    BalasPadam
  7. Perkongsian yang menarik!Thanks

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال