Fujifilm XF10; Kamera Kompak Yang 'Underrated'

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mencuba kamera kompak dari Fujifilm, XF10. Walaupun sekarang ini saya menggunakan kamera Fujifilm X-A5 dengan lensa yang boleh ditukar-ganti menggunakan X-Mount, saya rasa dengan keperluan saya yang banyak mengambil gambar street, keluarga dan lanskap, Fujifilm XF10 lebih menepati keperluan dan citarasa saya. 

Fujifilm XF10 merupakan kamera kompak premium yang berkualiti tinggi dengan menggunakan lensa tetap Fujinon 18.5mm F2.8. Yang membuatkan XF10 lebih istimewa adalah sensornya yang bersaiz APS-C menghasilkan imej yang berkualiti dan tajam dan 14 kali lebih besar berbanding mana-mana telefon pintar. 

Fujifilm XF10 juga hadir dengan segala fungsi istimewa yang ada pada model Fujifilm X-Series yang lain disamping mengetengahkan keringkasan operasi secara manualnya. Dengan kata lain, walaupun ia kamera kompak, namun kita mempunyai seratus peratus kawalan manual juga. Kualiti imej yang dihasilkan memang tidak boleh disangkal. 

{getToc} $title={Table of Contents}

kredit imej: Fujifilm Malaysia

Gaya

Walaupun didatangkan dengan gaya kompak dan boleh dibawa di dalam poket dan dengan berat hanya 280g, dengan perkakasan dan komponen premium ia sangat sesuai untuk pengguna telefon pintar, street photographers dan mereka yang inginkan sistem kamera yang pantas. Tangkap dan kongsi merupakan tujuan utama kamera ini bagi pandangan saya. 


Pengimejan

Di samping sensor APS-C, lensa tetap Fujinon f=18.5 mm 1:2.8 dengan aperture 2.8 mewujudkan seperation yang cukup sedap subjek daripada latar belakang gambar yang diambil. Keluasan dynamic range dengan kualiti imej yang terhasil sememangnya sesuai untuk semua golongan jurugambar. 

Penggunaan


Dengan butang-butang dan tombol yang diringkaskan menghampiri kamera point & shoot lain, saya berpendapat ia sangat memudahkan untuk suasana yang memerlukan kita mengambil gambar dengan cepat seperti acara keramaian keluarga. 

1. Front Command Dial

2. Mode Dial

3. Rear Command Dial


Kamera ini turut dilengkapi dengan fungsi Advanced SR-Auto Mode. Jika kita memilih fungsi ini, kamera akan menentukan dan mengesan suasana dan subjek yang kita halakan seterusnya akan auto set fokus dan setting lain yang bersesuaian. 

Saya sendiri lebih suka memilih A untuk Aperture Priority dan tetapkan ke 2.8. 

Bagi kita yang lebih kerap menggunakan skrin sentuh pada telefon pintar, kamera ini juga turut hadir dengan skrin sentuh yang memudahkan untuk kita sentuh untuk fokus kepada subjek yang diinginkan dan untuk melayari kembali imej-imej yang dah diambil. 

Fujifilm XF10 merupakan kamera pertama dalam X-Series yang hadir dengan pelbagai fungsi baru. Dengan fungsi untuk memindahkan gambar daripada kamera ke telefon pintar yang baru, ia memudahkan kita lagi-lagi untuk blogger macam saya. Hampir setiap kali saya menulis dan berkongsi idea ke blog ini melalui telefon pintar dan ia sangatlah membantu. 

Fungsi "SNAPSHOT" yang mempunyai pra-tetapan pada jarak 2m dengan aperture F8 dan pada jarak 5m dengan aperture F5.6 sangat berguna untuk mengambil gambar yang spontan seperti di jalanan dan pada acara keluarga. 

Pada tahun ini, 2022... dengan harga sekitar RM2500 ke RM3000, ia sangat berbaloi untuk dimiliki sebagai EDC - Every Day Carry. Sebuah kamera kompak yang menghasilkan kualiti imej yang sangat baik. 

Ada yang berpendapat kamera telefon pintar juga banyak yang dah menghasilkan imej yang sangat baik khusunya telefon pintar flagship seperti Samsung dan Apple model terbaharu. Namun sebenarnya, sensor yang ada pada kamera sangat jauh berbeza berbanding pada telefon pintar. Kawalan manual yang ada pada kamera juga lebih berguna untuk kita meneroka ruang kreatif kita sewaktu mengambil gambar. 

Kamera telefon pintar juga lebih menggunakan AI untuk menghasilkan imej yang baik berbanding kamera lain yang menghasilkan imej melalui lensa dan sensor yang berkualiti lebih bagus. 

Apa-apa pun, kamera hanyalah alat untuk kita menyampaikan ekspresi kita. Sama juga halnya dengan pensel dan pen sebagai alat untuk kita menulis. Kamera yang terbaik adalah kamera yang selalu kita bawa ke mana-mana. 

Melainkan anda seorang jurugambar yang mempunyai fokus dan niche tertentu, Fujifilm XF10 bagi saya wajar diambil kira jika anda menginginkan sebuah kamera yang versatile. 

Sekarang ini saya berbelah bagi antara Ricoh GRlll dan XF10 ni. Nak-nak selepas banyak isu habuk yang masuk ke sensor GRlll sekarang ni. Harga pun berbeza dalam seribu ringgit juga. XF10 lebih nyaman untuk poket dan film-simulation Fujifilm memang terbaik.

Harus diingat yang kamera ini dilancarkan pada 2018 dan agak susah untuk mendapatkan kamera ini dalam keadaan baru. Jika anda mempunyai bajet lebih, tak salah untuk membeli sebuah kamera terbaru yang sesuai dengan keperluan anda. 

11 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Menarik juga ni. Dah lama tak pakai kamera kompak atau digital sejak ada smartphone. Kalau dah kembali aktif travel nak juga cari satu

    BalasPadam
  2. Dah lama tak pakai kamera macam ini. Ada niat juga nanti dah mampu nak pakai kamera yang mudah bawa untuk tangkap gambar beberapa moment, sebab guna smartphone ni kadang nak sumbat semua benda boleh jadi punca tak boleh pakaii lama lama, dah lah nak cleankannya pula akan ambil masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab nak clearkan balik memori tu kat telefon tu yang malas tu.

      Padam
  3. wak rasa kamera digital camni akan pupus sejak ada smartphone.. wallahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak jugak. Sebab dedicated kamera macam ni kualiti imejnya lebih bagus dan banyak fungsi dan tetapan yang tak ada pada fon.

      Padam
  4. Cantik dan menarik kameranya.

    Saya ada kamera Olympus, tapi itulah...tersimpan tak digunakan sebab lebih mudah guna smart phone.

    Tapi kalau travel lama/jauh, mungkin perlu guna kamera. Tak boleh harap kat phone nanti cepat habis bateri, susah pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena masuk beg la. Ada apa2 yang best terus snap.

      Padam
  5. Dari 4 tahun lepas plan nak ada kamera, sampai sekarang masih plan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال