Seminggu Semenjak Di Tempat Kerja Baru

Alhamdulillah.

Hari ni berakhirnya minggu pertama saya di tempat kerja baru. 

Alhamdulillah sekali lagi kerana semuanya lebih baik dan lebih daripada apa yang saya jangka apabila saya menerima tawaran bekerja. Gaji okay, faedah-faedah lain okay, bos jabatan okay, teman sekerja semuanya okay.

Yang paling seronok, tempat sekarang kena datang awal dan balik semuanya awal. Masuk pukul 8, balik pukul 5. Yang mana siap awal kerja, semuanya terus balik walaupun jam belum pukul 5. Mungkin ikut gaya ibu pejabat di Cambridge sana. Bukan berapa lama kita di pejabat yang diambil kira, tetapi betapa efisyen cara kerja kita. 

Setakat ini tiada satu pun lagi group Whatsapp yang saya dijemput masuk walaupun bos cakap nanti nak add dalam group whatsapp untuk update jadual. Itupun untuk hari Isnin dan Rabu. 


Waktu hari pertama tempoh hari, apabila orang IT datang untuk setup PC instead of Laptop... saya dah lega. Itu tandanya kebanyakan kerja harus dibuat di pejabat. Tiada kerja yang perlu dibawa balik ke rumah. Memang betul, bukan setakat kerja, whatsapp daripada pejabat pun memang tak masuk langsung lepas waktu pejabat. 

Pun begitu, sewaktu di pejabat memang kami agak overwhelmed dengan kerja. Nak pegang telefon sendiri pun tak berapa sempat. Kalau sempat pun sekadar buka whatsapp dan tengok-tengok takut-takut ada pesanan penting. Selain tu, saya hanya take five untuk melegakan urat dan minum. Apabila balik ke rumah, memang terasa la juga penat otak dan badan. Namun semuanya hanya penat disebabkan membuat kerja tanpa tertekan dengan benda-benda mengarut. 

Ada hikmahnya untuk saya apabila syarikat sebelum ini bermasalah. Menyesal rasa hampir putus harapan kerana Allah dah aturkan segalanya untuk kita, hamba yang sentiasa mengharapkan rahmatNya setiap saat di dalam hidup ini. Betapa pemurahnya Pencipta. Walaupun kita merasakan apa yang kita selalu doa dan selalu minta tu lambat datang, rupa-rupanya Dia sedang memberi apa yang kita lebih perlukan. 

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا 

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Ash-Syar-h 94:5)
Kadang-kadang dalam hidup ini kita leka dengan belaian dan usikan dunia sehingga kita lupa kepada janji Allah. Namun Dia tetap ada cara untuk menarik kita balik pada landasan dan kasih sayang Nya. Kita cuma perlu yakin seyakinnya bahawa di depan kita sentiasa ada cahaya.

Saya doakan kami sekeluarga dan semua yang membaca entri kali ini dikurniakan kelapangan dan kebahagiaan yang didambakan sentiasa. Aminnn. 

Terima kasih kerana membaca. 

7 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Alhamdulillah, tahniah atas rezeki yang diberikan.
    Bagi saya, ianya satu suasana kerja yg sangat positif di tempat kerja tuan skrg. Moga lebih ramai majikan mewujudkan suasana bekerja sebegini. Waktu kerja kerja betul-betul, after work its our own time.
    Semoga sukses selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. terima kasih PH. Saya pun sentiasa berharap lebih ramai majikan guna pendekatan semacam ini. UK pun dah lama praktikkan WFH sepenuh masa.

      Padam
  2. Alhamdulillah. Semoga terus bersemangat bekerja di tempat baru.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah semuga di permudahkan urusan

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Syukur dengan segala rezekiNya. Bukan senang nak dapat tempat kerja yang baik dgn budaya kerja yang sihat (paling penting boss tak kacau lepas waktu bekerja). Semoga rezeki ni menjadi satu motivasi utk KA bekerja dengan tekun & ikhlas utk masa depan keluarga.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال