Kisah Roti Putih dan Toaster Lama

Fuh!

Berminggu juga tak update apa-apa dekat sini. Sebenarnya saya sudah lama tak rasa balik kerja, badan penat tapi otak tenang dan tidur seawal mungkin. Faktor kerja yang tak memenatkan otak dengan benda bukan-bukan mungkin. Penat sebab workload sahaja. Itupun sebab kena pergi dan balik tepat masa. Masuk pukul 8 pagi, so, 7.30 pagi dah tercegat depan tempat kerja. Pukul 4.50 macam tu, senior-seniior dah mula tanya dah "Kham, buat apa lagi tu? Dah-dah, sambung esok."

Bagus juga budaya kerja macam ni. Antara paling bagus tentang budaya kerja macam ni adalah - 1) Kita akan bekerja dengan lebih efisien. Workload nak cakap banyak tu, tak juga sebab sesibuk mana pun, insyaAllah semua kerja yang patut habis on the same day akan habis juga. 2) Managment tak suka buat meeting yang buang masa. Semua straight to the point. QHSE committee meeting pun hanya ambil masa paling lama 45 minit. Perkara lain yang boleh disampaikan dengan memo, email blasting memang mereka tak akan buat meeting. 3) Paling penting, pekerja tak dibebani dengan tugasan dan kemaskini luar waktu kerja. 


 Berbalik kepada tajuk. Sebenarnya rumah kami ni kalau beli roti Gardenia yang pendek itupun susah nak habis. Tahu-tahu expired. Masa raya hari tu saya kemas-kemas dan godek-godek ruang belakang rumah mertua. Terjumpa la toaster lama ni. Design pun sebijik macam toaster yang ayah guna di rumah masa saya dan adik-adik kecil-kecil lagi. 

Saya angkat toaster tu masuk ke dapur rumah mertua, buka skru bahagian bawah dia dan cuba bersihkan bahagian dalam. Toaster ni macam baru tiga atau empat kali guna sahaja. Dalamnya bersih lagi kecuali ada kesan roti dan jem terbakar selain habuk disebabkan lama dibiarkan atas para ruang belakang rumah. Selepas bersihkan serba-sedikit dalam, luar toaster dan plug, saya cuba pasang plug dia. Memang berfungsi elok lagi. Spring tendang dia sahaja lah yang tak boleh tendang habis. Saya pun minta bawa balik ke rumah. Bukan tak mampu beli, tapi bila tengok toaster ni sangat nostalgik itu yang buat saya geram.

Di rumah, bila start pakai toaster ni... Anak-anak pun asyik minta roti bakar yang disapu mentega atau marjerin dan ditambah pula jem nenas, strawberry atau seri kaya, memang sedap dimakan bila-bila sahaja. Bukan setakat sarapan, kadang-kadang petang pun anak-anak minta nak roti bakar. Gardenia yang dahulunya susah nak dihabiskan, sekarang seminggu 3 ke 4 kali beli yang pendek tu. Kami laki bini pun bedal berkali-kali. 


Kalau pagi-pagi, yang sedapanya... roti bakar, sapu mentega cicah dengan dua biji telur separuh masak yang diperisakan dengan serbuk lada hitam atau lada sulah dan kicap cair. Sampai keringlah telur tu dicelup-celup dengan roti bakar. 

By the way, ini pun salah satu cara nak jimat duit daripada membeli sarapan di luar. Seminggu baru berapa ringgit sahaja habis untuk sarapan berbanding membeli. Lagipun sekarang ni kami tengah melebihkan makan masakan di rumah dalam usaha mengawal kandungan gizi yang masuk ke dalam badan. Itupun sebab risau kandungan kolesterol. 

notakaki - Baru beberapa hari tak menaip, dah rasa kekok. Ini pun selepas banyak kali buka... tunggu Windows loading... lepas tu tutup balik. Moga kekal istiqomah. 

8 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Baru tahu ada cara makan roti bakar cicah telur separuh masak. Akan saya cuba. Cakap pasal roti ni. Dekat rumah ini saya sahaja yang makan roti untuk breakfast. Struggle juga kadang - kadang kalau nak habiskan

    BalasPadam
  2. Toaster ni kadang, masa baru beli jer semangat, lepas tu, terbiar, hihi. Mujur ada yang rajin nak bersihkan.

    BalasPadam
  3. Benda boleh guna, buat apa nak beli tuan :)
    Roti + telur mmg sarapan mengenyangkan & berkhasiat.

    BalasPadam
  4. betul benda dh ada bt apa bazir duit. lg 1 suka sarapan sendiri . jimat

    BalasPadam
  5. Toaster kita dekat rumah pun dah lama tak pakai. Kadang-kadang kalau beli roti malas nak bakar-bakar. Buka plastik letak spread terus ngap!

    BalasPadam
  6. Lepas baca entri ni , teringat toaster roti yang lama juga tersimpan rapi dalam almari . Lama juga tak membakar roti ni

    BalasPadam
  7. Kena kreatif supaya cepat Habis. Semalam beli daun salad dan keju. Buat macam sandwich. Sekali makan 4 keping, buat 2 sandwich.

    BalasPadam
  8. Salam kenal.

    bagus you. banyak dpt jimat. beli food kat luar kalau habis dimakan ok lagi. rumah akak jenis yg suka membeli tapi nak makan tak sangat. then buang. geram je kan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال