Musim Dia


Seminggu dua ni workstation di pejabat pun banyak yang lompong. Ramai mak ayah ambil cuti kecemasan sebab anak-anak tak sihat. Buka socmed pun sama. Banyak kawan-kawan kongsi berita anak-anak tak sihat, demam, muntah-muntah, influenza, warded. 

Musim dia. 

Kelmarin saya dah apply EL sebab Khayla dah high fever. Semalam wife yang kebetulan cuti pula jaga. Hari ni kami half-half dan mungkin dia sambil kerja sambil jenguk anak dalam ward. Nasib ibunya nurse kat sini. Sambil kerja pun boleh tengok anak.

Khayla malam tadi datang jumpa doktor sebab high fever. Lepas xray dan check doktor cakap microplasma infection kat paru-paru yang menyebabkan pneumonia. Gitulah kot apa yang doktor cakap. Macam-macam lah sekarang punya penyakit.

Staff-staff kat sini dari nurse, cleaner dan concierge staff semuanya dah macam kawan saya juga walaupun asalnya rakan sekerja si isteri. Pagi tadi si Meor masuk hantar breakfast. Lama tak jumpa budak ni. Last jumpa raya tahun lepas. Tapi walaupun tak jumpa, sebabkan dah berkawan. Kami duk tukar-tukar bakhoor, dan berkongsi minat dalam gadget dan fotografi. 

Rezeki kakak, semalam semua ward penuh. Yang tinggal ward suite ni je. Dah macam soho dah. Siap ada perkakas dapur, ruang tamu, meja makan dan balkoni. Kalau nak warded sendiri kat sini memang bukan level lah sebab wife cakap rate bilik ni RM1000 lebih sehari. Belum campur ubat dan service charge lain.

Pun begitu, wards lain yang ada di hospital ni semuanya selesa-selesa. Baik bilik kongsi ataupun bilik perseorangan, semuanya selesa. Lokasi hospital yang agak jauh daripada bangunan-bangunan lain juga jadi faktor hospital ni rasa tenang dan privacy. No wonder lah orang-orang kenamaan dan selebriti banyak yang suka hospital ni.

Untuk golongan marhaen macam saya ni sebenarnya boleh je kalau nak merasa perkhidmatan kesihatan yang selesa sewaktu sakit. Saya rasa semua orang dah tahu kan? Carumlah insurans, medical card, takaful atau apa-apa sahaja perkhidmatan yang boleh cover. 

Maaflah. Anak sakit tapi saya duk bercerita pasal hospital. Maklumlah marhaen tapi diberi merasa kelebihan sikit. Haruslah kita nikmati. 

Kalau ada anak-anak tak sihat ataupun ada dikalangan kawan-kawan sekolah, tadika, rumah pengasuh yang tak sihat... stop la dulu hantar anak-anak. Dah jadi macam ni pening juga. 

Doakan semoga anak saya, Khayla cepat sembuh ya. Saya doakan kita semua dan keluarga kita kekal sihat sentiasa. 

6 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Nampak cantik & selesa wadnya. Semoga Khayla cepat sembuh ye. Klu ada rezeki lebih bawak pegi cucuk vaksin influenza sbb kes skrg menjadi2 pulak.

    BalasPadam
  2. Muga kembali sihat. Saya suka 'duduk' di hospital. Hilang sikit serabut di kepala...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah IM.. sekarang sudah sihat semuanya. Maaf lama tak bersiaran sekarang ni.

      Padam
  3. sama la kes SA hari tu, kuman microplasma terlampau tinggi sampai dignose Broncopneumonia..harap Khayla makin sihat ye...hospital pun penuh jer sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah SA, semuanya sudah sihat. ) Terima kasih atas doanya.

      Padam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال