Mencipta Kenangan di Zoo Teruntum

Sekarang ni jarang-jarang baru terasa rajin nak jenguk blog. Apatah lagi nak berkongsi cerita. Sebenarnya bukan tak ada cerita atau aktiviti, tetapi saya rasa kebelakangan ni saya lebih memilih untuk enjoy kehidupan keluarga kecil kami to the fullest. 

For the first time ever dalam kehidupan saya yang boleh dikategorikan sebagai sibuk, saya dapat peluang untuk betul-betul menikmati kehidupan tanpa risau panggilan kerja mengganggu masa dengan keluarga. Jadi saya putuskan untuk kurangkan perhubungan melalui media dan lebih enjoy to be present at the moment. 

Whatsapp, facebook, instagram dan apa-apa social media juga saya bukan setakat rasa tak nak, tetapi rasa malas nak respon apa. Kongsi dan tinggal. Itulah yang saya buat sekarang. 

Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat juga berpeluang ke Kuantan jumpa adik yang kini menetap di sana. Alang-alang dah ke Kuantan, isteri saya cakap Zoo Teruntum ada buat pameran dinosaur sekarang ni. 

Dengan harga tiket bawah RM30 seorang, saya rasa kalau anda semua ke Kuantan, tak patut lepaskan peluang ini. Bab kata Cooper kepada anaknya, Murphy di dalam filem Interstellar, "Tugas Ibubapa selepas hadirnya anak-anak adalah menjadi kenangan kepada mereka." Atau begitulah lebih kurang. 

Semasa mula-mula sampai. Saya sebenarnya skeptik dengan pameran dinosaur. Sebab selama ini kalau disebut je pameran dinosaur, biasanya out of scale. Dinosaur-dinosaur yang dipamerkan bersaiz mini atau kecil sedikit berbanding saiz sebenar. 

Lain pula pada pameran kali ini di Zoo Teruntum. Semuanya dipamerkan dengan skala yang tepat atau mungkin sangat hampir. Semuanya robotik dengan pergerakan yang cantik dan dengan bunyi ngauman juga. 

Tengoklah Brachiosaurus di belakang tu. Sebenarnya dari jauh dari luar zoo dah boleh nampak Brachiosaurus tu gerak-gerakkan kepala.

Spesis raptors juga banyak yang dipamerkan di sini. 


Macam biasa, anak-anaklah yang paling seronok. Tapi Khayla tak nak dekat langsung dengan dinosaur. Takut katanya nampak dinosaur bergerak-gerak seakan hidup dan dengan bunyi ngauman. Sepupu-sepupu dia semuanya okay. Mungkin ikut perangai ayahnya masa kecil. Penakut! 

Siapalah punya idea bawa masuk dinosaur ke Zoo Teruntum ni agaknya. Mesti dapat bonus baik punya. Sebenarnya ini bukan kali pertama atau kedua kami ke sini, malah dah banyak kali. Sebelum ni Zoo Teruntum memang tak ramai sangat orang dan tiket masuknya lebih rendah harganya. Dengan pameran dinosaur yang diadakan, harga tiket dah lain dan ramai sungguh pengunjung yang datang. Beratus kalau tak beribu keluarga yang datang. Fuh, masyuk!

Apa-apa pun, pameran dinosaur di Zoo Teruntum ni sesuai sangat kalau anda nak cipta kenangan manis bersama keluarga. 

5 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Selamat kembali ke dunia blog, KA! Harga tiket bawah RM30, mmg berbaloi masuk tgk pameran dinasour berskala sebenar tu.

    BalasPadam
  2. Boleh tambah pendapatan pada zoo. Tambah tarikan baru.

    BalasPadam
  3. x nmpk pon haiwan real yg hidup., rm30 leh tahan mahal tiketnye, kat zoo johor cuma rm1 je sorg ;p

    BalasPadam
  4. tinggalkan kenangan yang baik bukan sahaja kepada keluarga tetapi rakan rakan dan masyarakat. biar mati kita di dalam husnul khotimah...

    BalasPadam
  5. nak pergi sangat sebab minat Dinosaur. Kalau saya pulak skeptik sebab benchmark saya tinggi. Dulu pernah buat part time di Dinotrek Petrosains. Dinosaurnya nampak real walaupun tak besar sangat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال