AlKisah Polisi Hayat


Alkisah Polisi Hayat
(Adaptasi dari buku Rahsia Mencapai MDRT .... dari Dr. Rizal Naidu)

Selaku ketua keluarga, breadwinner yang baik... kitalah yang mencari rezeki memberi makan pakai anak isteri, menyediakan tempat tinggal dan membayar segala bil-bil komitmen yang ada. 

Saat semuanya berjalan lancar, kita asingkan sebahagian kecil dari pendapatan kita untuk disimpan di dalam polisi hayat yang tersimpan rapi di dalam laci. 

Siapa sangka tak selalunya langit sentiasa cerah. 

Bermacam perkara luar jangka boleh berlaku. 

Saat itu, sebahagian kecil daripada pendapatan yang kita asingkan akan 'bangkit' pantas menggantikan tugas kita pula. 

Menampung perbelanjaan anak dan isteri serta orang-orang yang kita sayang. Memenuhi impian kita untuk melihat anak-anak cukup keperluan mencapai cita-cita dambaan mereka, memastikan mereka terus berteduh selesa di istana yang bernostalgia sewaktu kita bersama, supaya mereka penuh perut setiap kali sebelum lena. 

Kalau perasan, saya jarang iklan produk takaful di bawah AIA sekali dengan harga terus. Saya dan kumpulan saya tahu keperluan setiap orang berbeza.

Yang penting tuan puan semua faham dulu keperluannya sebelum kita panjangkan bicara. Ahgicewww...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال