Hibah Takaful & Medical Card; Mana Lagi Penting?

Secara amnya dua² penting dan sebenarnya kita boleh dapatkan benefit kedua-duanya dengan caruman yang sangat rendah sekarang tak kira dari pengendali takaful mana².

Cumanya, kalau kita diberi pilihan untuk memilih salah satu sahaja dulu. Pilihlah hibah takaful. Lagi-lagi bagi yang bekerja swasta.

Kebanyakan majikan dah sediakan pelan perubatan sebagai faedah tambahan untuk pekerja mereka. Paling busuk pun pay and claim.

Selalunya kalau terjadi apa² yang menyebabkan pekerja dah tak boleh kerja dan terpaksa ambil cuti sakit, 6 bulan biasanya tempoh maksimum sebelum diberhentikan.

Mana nak cekau duit nak sara hidup kita dan keluarga nanti? Breadwinners semua tolong take note ye. Sebab benda ni dah banyak terjadi sampai keluarga terpaksa meminta-minta. Kesian tau.

Masa ni lah hibah takaful datang membantu dan sebab tu lah saya cakap hibah takaful lagi penting diutamakan. Seandainya kita (minta jauh) cacat kekal atau menyeluruh... duit dari hibah takaful yang akan membantu. Begitu juga dalam kes kematian.

Kena ingat ye. Kalau kita kaya banyak duit dalam bank pun, mati je kita. Semua tu akan dibekukan dan akan melalui proses yang panjang. Masa ni hibah takaful akan membolehkan keluarga kita ada duit segera untuk segala urusan naik turun pejabat² dan mahkamah sebelum sampai ke urusan faraid.

Banyak lah lagi kepentingan hibah takaful ni sebenarnya terutama untuk orang Islam. Yang mana nak tahu, whatsapp or helo je saya ye.

Sebelum saya habiskan posting saya ni, saya ada satu soalan.

Kalau ditakdirkan kita takde nanti, saya mintak kita semua senaraikan sekurang²nya 3 (TIGA) ORANG yang boleh menyara keluarga kita SEBAGAIMANA kita menyara mereka SEMASA KITA ADA. ( Bagi makan, pakai, tempat tinggal, bayar komitmen yang ada, dsb.)

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan tubuh badan untuk berkhidmat kepada orang tersayang, insyaAllah.

Khamsi Abdullah
#AIALifePlanner
#DirgahayuDiaz
#DirgahayuDistrict
#AIAPUBLICTakaful

📲https://takafulbykhamsi.wasap.my
🌐 https://bit.ly/takafulbykhamsi

1 Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

  1. Betul tu, penting.. sebab kemalangan boleh berlaku kat mana-mana..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Langgan

Dapatkan pemberitahuan e-mel

نموذج الاتصال